kucoin

Pendaftaran Akaun Kucoin dan Cara Penggunaannya

Hampir dua minggu telah berlalu semenjak tarikh akhir Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berikan untuk pelabur mengeluarkan aset mereka dari Binance sebelum penyekatan di buat. Kini, berdasarkan pemerhatian kami, penyekatan ini telah:

  1. Menyekat laman sesawang Binance (Desktop Version)
  2. Mengeluarkan aplikasi mereka dari Google Play dan Apple Store
  3. Mengeluarkan pemilihan matawang MYR di platform mereka

Walaubagaimanapun, untuk sesiapa yang sudahpun mempunyai aplikasi telefon Binance sebelum sekatan berlaku, mereka masih boleh mengakses aplikasi tersebut. Akan tetapi, aplikasi itu kini kelihatan agak kurang stabil. Pengguna mendapati telah beberapa kali mereka terkeluar atau logged out dengan sendirinya dari aplikasi tersebut.

Pada penulisan yang lepas, iaitu Binance Ban di Malaysia, Apa Nak Buat? kami ada kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan sebelum penyekatan berlaku. Salah satu cara yang kami syorkan adalah menggunakan centralized exchange (CEX) yang lain seperti Kucoin dan Huobi. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan cara untuk anda membuka akaun di Kucoin dan ciri-cirinya yang unik.

1. Pendaftaran akaun

Kucoin boleh diakses di laman sesawang mereka iaitu Kucoin.com dan juga boleh memuat turun aplikasi peranti mereka di Google Play dan App Store.

Seperti Binance yang mempunyai matawang kripto mereka yang tersendiri iaitu BNB, Kucoin juga mempunyai matawang kripto mereka yang diberi nama KCS. Juga seperti Binance, yuran perdagangan akan lebih murah apabila pelabur menggunakan matawang kripto milik CEX tersebut.

Untuk membuka akaun, anda perlu mendaftar dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda. Anda akan menerima kod verifikasi di sms atau dalam peti surat e-mel anda.

Anda boleh memasukkan kod referral atau menekan link ini untuk terus mendaftar. Kod referral ini akan memberikan anda dan referrer 5 USD dalam bentuk matawang kripto (sama ada ADA, USDT, XRP, TRX atau BTT) secara percuma apabila anda telah berdagang sekurangnya 10 USD.

2. Know Your Customer (KYC)

Usai pendaftaran, adalah digalakkan untuk anda membuat pengesahan identiti melalui Know Your Customer (KYC). Penggunaan penuh Kucoin boleh diperolehi apabila pengguna telah selesai membuat pengesahan identiti. Tambahan lagi, dengan KYC, jika anda hilang akses ke akaun anda, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan untuk mengesahkan identiti anda dan kemudian peroleh akaun anda kembali.

3. Deposit wang ke dalam akaun

Terdapat dua cara untuk membeli matawang kripto menggunakan wang fiat di Kucoin, iaitu menggunakan kad kredit dan debit atau menggunakan Peer to Peer Transfer (P2P).

Kucoin juga mempunyai P2P seperti di Binance yang memudahkan pelabur di Malaysia untuk mendeposit wang ringgit ke dalam CEX tanpa perlu menukar ke matawang lain dahulu. Pelabur hanya perlu menukar matawang di bahagian atas kanan di halaman P2P, dan kemudian memilih penjual yang anda mahukan. Pastikan anda mengikut arahan penjual untuk mengelakkan komplikasi ketika proses menjual beli.

4. Cara jual beli

Proses menjual beli adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menekan butang Trade (rujuk gambar di bawah), dan anda kemudian akan di bawa ke halaman dagangan. Pilih trading pair anda mahukan dan kemudian anda boleh memilih untuk untuk market buy/ sell (harga yang sedang didagangkan) atau limit buy/ sell (harga yang anda mahukan).

Masukkan nilai kripto yang anda mahu beli, dan kemudian anda boleh melihat order anda itu di bahagian yang ditunjukkan di bawah.

5. Trading Bot

Kucoin juga mempunyai ciri-ciri menarik yang seperti staking, savings, futures trading dan lain-lain. Tapi apa yang membuatkan Kucoin ini sedikit berbeza adalah Trading Bot mereka.

Trading Bot ialah sebuah program yang yang dibuat khas untuk memudahkan pedagang dengan mengikut parameter yang telah ditetapkan. Pengguna trading bot boleh membeli, menjual atau berpegang kepada aset secara automatik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Terdapat beberapa pilihan trading bot yang terdapat di Kucoin, iaitu:

a. Classic Grid

Trading bot ini menggunakan cara berdagang seperti biasa, iaitu buy low, sell high. Strategi ini sesuai digunakan ketika pasaran sedang rancak. Semakin rancak pasaran tersebut, semakin tinggi risiko dan keuntungan

b. Dollar Cost Averaging (DCA)

Bot ini akan membantu anda dengan menambah pelaburan anda secara automatik pada masa yang anda telah tetapkan. Contohnya, pada setiap minggu, bot ini akan melakukan pembelian Ethereum dan masukkan ke dalam akaun anda. Cara ini adalah sama seperti menambah pelaburan pada setiap bulan di bank.

c. Futures Grid

Futures grid membolehkan pengguna untuk menjual dan membeli menggunakan leverage. Transaksi jual beli ini dijalankan secara automatik. Namun, harus diingatkan, oleh kerana trading bot ini menggunakan leverage, risiko wang anda untuk lesap adalah lebih tinggi.

d. Smart Rebalance

Trading bot yang terbaru oleh Kucoin ini mengimbangkan portfolio pengguna dengan mengekalkan peratus pegangan matawang kripto anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 40 % Bitcoin, 30% Ethereum dan 30% KCS, seandainya nilai Bitcoin meningkat menjadi 45% dari keseluruhan portfolio, bot ini akan menjual 5% itu secara automatik untuk mengembalikan keseimbangan 40:30:30 yang anda telah tetapkan pada bot anda.

Maklumat lanjut tentang Kucoin Trading Bot boleh dibaca di sini.

Walaubagaimanapun, trading bot ini hanyalah sebuah instrumen untuk membantu pelabur. Justeru itu, risiko dagangan masih ada, terutama sekali apabila berdagang di dalam pasaran yang tidak menentu. Oleh itu, pelabur hendaklah sentiasa berwaspada dengan setiap pelaburan yang dibuat.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram