5 Cara Membuat Pendapatan Sampingan Melalui Internet

Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini dimana orang ramai kini berlumba lumba untuk mencari duit sampingan melalui internet. Sebabnya mudah? Hanya dengan beberapa klik dan kemahiran yang boleh dipelajari anda sudah berpeluang mendapat duit sampingan berikutan bilangan pembelinya yang ramai.

Sekiranya anda sudah membuat duit sampingan melalui internet, kami yakin mengulanginya bukanlah perkara yang sukar. Dalam pada itu, pada kali ini kami ingin mengajar kepada anda yang belum pernah dan berminat untuk menjana pendapatan melalui internet. Untuk memudahkan anda memulakan mendapatkan pendapatan sampingan melalui internet, kami akan berkongsi kepada anda 5 cara yang terbukti berjaya.

1. Dropship

Jika 5 tahun lalu terma ‘dropship’ merupakan sesuatu yang baru kini tidak lagi malah dropship merupakan kerja dari rumah yang boleh dipercayai salah satu altenatif terbaik cara tambah pendapatan suri rumah. Malah didapati agen-agen dropship yang aktif bagi pasaran Malaysia juga terdiri daripada para pelajar serta suri rumah. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak masa terluang serta komited dalam mencari rezeki yang lebih untuk memenuhi keperluan harian.

Sekiranya anda suri rumah yang sudah mahir menggunakan aplikasi Facebook, ini merupakan bonus buat anda kerana anda berpeluang untuk memilih dan mencari stokis yang sedang mencari agen dropship untuk sama-sama menjana pendapatan. Melalui cara ini, anda bukan sahaja bakal memperoleh wang, malah anda juga sekaligus bakal menerima ilmu pemasaran, copywriting serta cara menjual daripada para stokis. Mudah-mudahan perkara ini dapat menjadi bekalan buat anda jika anda bercadang untuk menjadi pengasas produk suatu hari nanti.

Buat yang pertama kali menjadi agen dropship, kami cadangkan untuk anda memilih produk yang dekat dengan anda. Dalam erti kata lain, produk yang anda sendiri gunakan untuk memudahkan anda menerangkan kepada pelanggan. Pakaian, tudung dan kosmetik antara produk yang mempunyai permintaan yang tinggi serta sesuai untuk dicuba oleh suri rumah.

Jika anda seorang pelajar atau mahasiswa, anda juga dapat gunakan cara yang sama seperti yang disebutkan diatas. Lebih menarik, anda juga dapat gabungkan teknik yang sama pada sistem offline dimana anda dapat memperagakan tudung yang anda jual serta mempromosinya kepada rakan sekelas.

Satu perkara yang menarik mengenai dropship ini adalah anda tidak perlu menguruskan soal penghantaran barang memandangkan semuanya diuruskan oleh stokis. Masa anda juga tidak terganggu dalam menjalankan tanggungjawab seharian. Best bukan?

2. Affiliate

Secara mudahnya, affiliate merupakan salah satu platform untuk anda mencari wang. Jika dropship para pengguna selalunya menawarkan produk fizikal yang boleh dipegang dan dipakai, affiliate lebih merujuk kepada perkongsian secara detail. Contohnya, anda boleh berkongsi link affiliate anda kepada mereka yang berminat untuk menyertai Airbnb atau membeli ebook. Setiap klik daripada pembelian ini membolehkan anda mendapatkan imbuhan dari segi wang.

Salah satu cara terbaik untuk anda memulakan bisnes melibatkan affiliate adalah mencari produk yang sesuai untuk dipasarkan. Adalah lebih baik sekiranya anda juga pengamal produk yang ditawarkan. Contohnya, sekiranya anda merupakan pengguna Airbnb, anda boleh pasarkan link untuk orang ramai menyertainya. Dari situ, anda berpeluang mendapat travel credit yang membolehkan anda menginap di homestay Airbnb yang lain secara percuma.

Terdapat juga affiliate melalui penjualan ebook dimana anda berpeluang menjana wang. Contohnya, anda berpeluang mendapatakan RM30 setiap kali seorang individu klik di link anda untuk membeli ebook bernilai RM60. Sekiranya anda mampu mendapatkan 100 pembeli dalam masa sebulan, itu sudah cukup baik untuk bisnes sampingan di internet.

Buat anda yang serious dalam bisnes melibatkan affiliate kami cadangkan untuk anda pelajarinya dengan bersungguh dalam usaha untuk menarik pengguna membeli melalui link affiliate anda.

3. Freelance

Pendapatan sampingan melalui internet

Sekiranya anda mempunyai sebuah kepakaran dalam apa apa bidang digital, kami cadangkan untuk anda menggunakan platform freelance untuk menjana pendapatan. Katakan jika anda mahir dalam bidang designing, membuat logo, penulisan atau proofread semuanya boleh menjana pendapatapn melalui laman web penawaran kerja freelance. Oh ya, anda juga berpeluang mendapat pelanggan daripada luar negara yang membayar anda dalam USD. Menarik bukan?

Anda boleh membuat carian di google beberapa laman web freelance terkemuka untuk mula melakukan kerja freelance pertama anda. Jangan risau jika tersalah kerana setiap individu pasti mempunyai saat pertamanya sebelum bermula.

4. Guru online

Sekiranya anda mempunyai sebuah ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi, inilah masanya untuk anda menghasilkan wang melaluinya. Contoh ilmu yang boleh anda tawarkan meliputi ilmu pemasaran, kewangan, motivasi, dan sebagainya. Melihat kepada pengguna media sosial yang mudah terinspirasi dengan resepi makanan yang dihasilkan melalui video, mungkin anda juga boleh lakukan perkara yang sama.

Cara terbaik untuk anda mulakan menjadi seorang guru atau tutor secara online adalah mula menawarkan ilmu secara percuma untuk mendapatkan pendedahan daripada orang ramai terlebih dahulu sebelum mula menawarkan ilmu premium dengan harga yang setimpal dengannya. Oh ya, tahukah anda perkongsian melalui video juga lebih mudah menarik perhatian pengguna serta meningkatkan bilangan share melalui media sosial berbanding penulisan.

Baca: NAK CUBA MELABUR DALAM SAHAM, INI TIPS MENCARI GURU YANG BENAR

5. Menulis blog

Mungkin ramai yang tidak tahu menulis blog yang boleh dimulakan sebagai hobi juga membolehkan pengguna menjana wang. Lebih menarik sekiranya anda minat menulis. Tidak kira sama ada anda minat untuk menceritakan pengalaman yang ditulis secara personal blog atau secara profesional, kedua-duanya mampu menjana wang.

Apa yang menarik mengenai menulis ini adalah fleksibiliti yang ditawarkan. Anda berpeluang untuk berkarya dimana sahaja serta boleh mula menulis pada waktu yang disukai anda. Lebih baik baik sekiranya anda mampu memberi komitmen serta disiplin dalam penghasilan karya yang mampu menarik perhatian para pembaca.

Menyoal dari segi penjanaan wang, blog merupakan platform yang terbaik. Sebabnya, anda berpeluang untuk keempat-empat cara yang disebutkan diatas di dalam blog anda. Cara termudah dan paling kerap menjadi pilihan orang ramai sudah pastinya dropship dan affiliate dimana orang ramai pastinya akan membaca review pengguna iaitu anda sendiri sebelum klik di ruangan beli untuk mendapatkannya. Menarik bukan?

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan melalui ruangan InvestorMY pada kali ini. Semoga anda mendapat manfaat melalui perkongsian ini dan jangan lupa share tips penting ini kepada rakan-rakan anda yang sedang mencari pendapatan sampingan.

Cuba: [QUIZ] BERAPA NILAI KEKAYAAN ANDA NANTI