Flipies_page-0002

Apa itu NFT Flippies?

Fenomena dalam dunia NFT (Non-Fungible Token) telah menarik lebih banyak jenis NFT yang ditawarkan kepada pengguna. NFT merupakan token digital yang membolehkan pengguna menjual dan membeli hak milik aset digital. NFT bukan sahaja daripada lukisan, karya seni, malah ia juga terdiri daripada memes, muzik, video. permainan dan lain-lain. Ada juga NFT yang menyerupai karya berbentuk haiwan seperti SOLTigers, Degenerate Ape, Whale Nation, Rogue Sharks dan pelbagai lagi.

Apa Itu Flippies?

Flippies adalah koleksi unik yang terdiri daripada 10,000 karakter penguin NFT. Ia dibangunkan melalui teknologi blokchain Solana. Setiap karakter dalam Flippies mempunyai id daripada 1 sehingga 10,000. Pada awalnya, pembahagian Flippies ini diedarkan (distribution) secara rawak dan adil ketika pelancaran NFT pertama Solanium. Pembeli mempunyai peluang sama rata untuk memiliki Flippies yang paling unik.

Kriteria Tahap Rare Flippies

Setiap jenis Flippies yang ditawarkan mempunyai jenis keistimewaan dan keunikan. Dalam NFT Flippies, tahap keunikan ia dinilai berdasarkan beberapa aspek seperti jenis warna badan Flippies, warna background, cermin mata, mulut, topi, dan pakaian. Segala maklumat yang lebih lanjut, boleh kita melihat melalui flippies.art.

Setiap karakter di Flippies mempunyai keunikan tersendiri.

Hala tuju Roadmap

Kebiasaannya sesuatu projek NFT akan mempunyai roadmap untuk menentukan perancangan dan strategi mereka pada masa hadapan. Ia boleh dilihat melalui laman web projek NFT tersebut. Anda boleh melihat segala perancangan dari sudut pemasaran, pertumbuhan dan keluaran terbaru. Pelan yang lengkap berupaya menarik orang baru membeli NFT ini. Misalnya, ada projek NFT mempunyai acara secara dalam talian atau pembangunan baru seperti permainan. Ini boleh memberi anda gambaran, sejauh mana projek NFT ini boleh pergi dalam masa 6 hingga 12 bulan akan datang.

Jika dilihat pada roadmap Flippies, ia mempunyai beberapa hala tuju yang dirangkakan:

  1. Jualan Awal (Q3 2021)
  • Jenis Token : NFT
  • Harga ditawarkan : 4.00 $Sol
  • Jumlah Penawaran : 10,000 NFT Flippies
  • Transaksi diterima : SOL

Maklumat jangka masa IDO (UTC))

  • Whitelist bermula: 10 Sep 2021 (10 am)
  • Keputusan Cabutan Whitelist: 13 Sep 2021 (2 pm)
  • Penjualan bermula: 13 Sep 2021 ( 4 pm)
  • Pembahagian (distribution): 20 Sep 2021 (4 pm))
Gambar:

2. Solana Blockchain Event (Q4 2021)

Solana Blockchain event merupakan satu aktiviti yang mengumpulkan semua komuniti Solana. Persidangan ini akan membincangkan dan melibatkan beberapa pemain industri, pencipta dalam dunia kripto di seluruh dunia. Persidangan ini akan berlangsung di Lisbon, Portugal selama 4 hari dari 7 November 2021 sehingga 10 November 2021. Pihak Flippies berhasrat akan memasarkan segala perancangan dan penjualan NFT Flippies dalam persidangan ini.

Gambar: Solana

3. Flippies Christmas Event (Q4 2021)

Bila kita sebut mengenai sesuatu perayaan di sesebuah negara, ia melibatkan penyatuan dalam keluarga. Begitu jugalah dalam Flippies, perayaan Krismas dianggap sebagai simbol keluarga. Dalam acara ini, sebagai sebuah keluarga Flippies akan menderma dan menyalurkan bantuan kepada badan amal organisasi berkaitan dengan penguin. Jumlah derma dikira berdasarkan jumlah transaksi sepanjang bulan Disember dan sumbangan ini akan diserahkan pada bulan Januari. Secara tidak langsung, segala aktiviti trade yang kita laksanakan dalam Flippies, memberi manfaat kepada kelestarian kehidupan penguin.

Gambar: azocleantech.com

4. Jualan Barangan Eksklusif

Menjelang Q1 2022, komuniti Flippies akan diberikan barangan eksklusif Flippies secara percuma. Barangan ini terhad kepada true holder flippies dan penyokong utama dalam flippies ini. Barangan ini meliputi cetakan Flippies sendiri pada baju, sweater, poster atau keychain. Tunjukkan sokongan anda dalam komuniti Flippies dan Solana untuk layak mendapat peluang memenangi barangan terhad ini.

Selain itu, pada Q2 2022 Flippies merancang mempunyai market place sendiri untuk transaksi perdagangan jual beli Flippies. Ia akan dibina oleh pasukan Flippies sendiri dengan mengambil kira pendapat dari komuniti. Apabila ia siap sepenuhnya, holder mempunyai pilihan dengan menjual Flippies dalam pasaran komuniti dengan faedah traksaksi lebih murah dan mengelakkan penyenaraian NFT Flippies yang palsu. Apa yang menariknya, kedai Flippies akan dilancarkan melibatkan penjualan barangan rasmi. Pemegang akan mendapat diskaun dalam setiap pembelian barangan Flippies.

5. Perancangan Permainan dan Hala Tuju Masa Hadapan

Untuk mengembangkan dan meningkatkan pasaran NFT Flippies pada masa hadapan, mereka telah merancang permainan yang unik untuk komuniti. Permainan ini dijangka dilancarkan pada Q3 2022.

Jika dilihat, Flippies adalah satu koleksi NFT yang dijalankan melalui blockchain Solana. Oleh sebab itu, pasukan Flippies telah merangka pelbagai aktiviti dan perancangan baru bakal diperkenalkan pada masa hadapan. Strategi perancangan aktiviti ini, bertujuan membina satu komuniti yang kukuh dalam Solana. Antara aktiviti adalah membina Flippies Leaderboad dan permainan untuk komuniti Flippies.

Pembelian Flippies

Persoalannya, bagaimana jika pengguna ingin membeli NFT Flippies? Pembelian ini boleh melalui beberapa platform seperti Solanart, solsea dan FTX. Katakan anda berminat ingin membeli NFT Flippies. Perkara utama perlu dilakukan, anda perlu mempunyai wallet seperti Phantom, Solflare dan lain-lain. Segala penjualan NFT Flippies, melibatkan transaksi Solana. Harga ini berdasarkan pergerakan semasa harga Solana. Berdasarkan rajah di bawah, gambar pertama Flippies iaitu Agitated Beaver berharga 1.45 Solana. Jika ditukarkan harga semasa Solana dengan USD, anda perlu membayar sebanyak USD 273 bersamaan 1.45 Solana.

Antara harga yang ditawarkan bagi NFT Flippies. Gambar: Solanart

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Flippies merupakan NFT berbentuk avatar yang mengambil imej seperti peguin dalam dunia nyata. Jika dilihat pada rangka roadmap (ketika artikel ini ditulis), Flippies berada di fasa Q3 2021 selepas IDO selesai melibatkan proses whitelist, penjualan dan pembahagian pada bulan September 2021. Sekiranya anda berminat terhadap NFT Flippies ini dan tidak tahu menilai tahap keunikan (rare) setiap jenis karakter Flippies, anda boleh membuat penilaian melalui beberapa laman web seperti crepetoast dan lain-lain.

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai NFT ini, Flippies juga mempunyai beberapa laman sosial yang membincangkan mengenai perkembangan dalam komuniti Flippies. Antaranya adalah discord, twitter, dan telegram.

Gambar: crepetoast

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram