Persaingan Uber vs Zomato di India, Rundingan Acquisition Uber Hampir Dimeterai

Di Malaysia, nama Uber sudah pun diingati sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing yang diambil alih oleh Grab. Lain pula cerita Uber di India, dikatakan UberEat bakal dibeli oleh Zomato seperti dikhabarkan oleh TechCrunch.

Urusan ‘acquisition’ tersebut bernilai $400 juta dan sebagai timbal balik, Uber akan meletakkan dana pelaburan berjumlah $150-$200 juta dalam Zomato.

Uber dan Zomato masih lagi berunding mengenai hal tersebut dan bakal dimuktamadkan sebelum berakhirnya tahun ini.

Sebenarnya, di India ada 3 startup berkaitan dengan servis penghantaran makanan iaitu Zomato, Uber dan Swinggy. Swinggy telah mendapat pelaburan $716 juta – $1 billion tahun lepas untuk mengembangkan perniagaan ke 500 bandar.

Credit: Vaaju

Khosrowshahi, CEO Uber sedar bahawa Uber sedang mengalami persaingan yang teruk di pasaran. Beliau dengan yakin mengatakan, Uber akan menjadi “Number 1” dalam pasaran satu hari nanti. Kini UberEat mempunyai 600,000 pesanan makanan secara purata setiap hari. UberEat dijangkakan memperoleh kerugian -$107.5 juta sehingga akhir tahun ini.

Manakala Zomato pula memproses lebih dari 1,000,000 pesanan penghantaran makanan meninggalkan pesaing mereka Uber. Tak cukup dengan itu, Zomato kini sedang berunding dengan beberapa gergasi pelaburan seperti Ant Financial dengan valuation $1 Billion. Lebih mengujakan, Zomato dijangka mengurangkan burn rate mereka apabila kadar rugi $40 juta sebulan telah mengurang kepada $20 juta sebulan.

Anda jangan terkejut apabila ketiga-tiga bisnes besar di atas memperolehi angka negative dek kerana bisnes model mereka memang begitu.

Harus diingatkan juga, bukan semua bisnes sesuai dengan bisnes model ini. Jika anda ingin mengetahui mengenai dunia startup, boleh terus baca artikel ini.