Pivot Trading Teknik Berbisa Untuk Day Traders

Pivot Trading merupakan kaedah yang sudah dikategorikan evergreen di kalangan para traders seluruh dunia. Namun ada beberapa pemahaman berbeza mengenai pivot. Akan tetapi, asas pivot itu masih sama iaitu menggunakan harga purata dalam satu tempoh masa untuk menjadi guide dalam trading.

Artikel dari InvestorMY ini akan memberikan contoh contoh kegunaan pivot dalam trading. Ada yang menggunakan pivot daily, pivot weekly ataupun pivot monthly. Diskusinya tetap sama, jadi kita fokus pada satu satu timeframe terlebih dahulu. Sebelum kita bercerita panjang tentang setup, mari kita fahamkan asas pivot. Apakah yang dimaksudkan dengan pivot point?

Pivot adalah harga midpoint bagi high and low market price semalam. Pivot sangat berguna dalam trading khususnya mereka yang gemarkan day trading. Pivot Point sangat berguna untuk teknikal analisis dari segi memberikan kita info dari segi open,close,lowest and highest data. Ada sebahagian dari kaedah ini yang menggunakan chart 4H untuk tentukan entry bagi swing trading dan intra-day.

Sementara itu, pivot adalah menurut jam yang boleh digunakan untuk mengenal pasti entry/exit points setiap hari. Kita perlu mengenalpasti beberapa bahagian dalam Pivot Trading.

Baca: 4 TIPS PENTING DALAM PELABURAN SAHAM

Resistance Point:

Resistance merupakan paras rintangan yang dilakar pada chart bagi satu satu instrument yang kita trade. Hukum ringkas dalam trading adalah jika price breakout satu resistance, kemungkinan price akan mencari level resistance yang lagi atas. Jadi di situ, kita boleh merancang sama ada ingin buy atau sell.

Support Point:

Support Point pula merupakan paras bawah harga semasa bagi sesuatu instrument. Menurut hukum pasaran,apabila harga menembusi harga support, harga pasaran akan turun mencari ke support level yang lebih bawah. Jadi bawah merupakan formula ringkas bagi pivot trading.

Pivot = ( H + C + L ) / 3

Res1= 2 * P – L | normal trading range
Sup1= 2 * P – H | for the next period

Res2= P + (R1-S1) | extreme trading range
Sup2= P – (Res1-Sup1) |

Res3= H + 2*(P-L) | super extreme trading range
Sup3= L – 2*(H-P) |
P = Pivot
R= Resistence
S= Support
H = Daily high price
L = Daily Low price
C = Daily closed price

Kebiasaannya sesi Asia adalah waktu melihat beberapa info penting sebelum trade pada waktu London nanti. Ramai yang menyangka pivot trading strategy adalah sistem yang rumit walhal sistem ini sangat ringkas dan evergreen di kalangan traders Malaysia.

Cara Mudah Untuk Pivot Trading

  1. Pergi ke TradingView kemudian pilih apakah yang ingin kita trade pada hari ini. Instrument pelaburan yang ditawarkan TradingView sangat banyak merangkumi stock, forex indicies , goverment treasuries dan lain lain.
  2. Kemudian click “Insert Indicator” dan search “Pivot”. Sesudah itu, masukkan indikator yang anda mahukan dalam chart tersebut.

Ini adalah contoh chart yang keluar. Di sini ada mula melihat harga lowest dan highest dalam seharian, dan perhatikan support resistance terdekat bagi tujuan daily trading.pivot trading investormy

Selesai kita memasukkan indikator dalam chart, ada SOP tersendiri bagi pivot trading strategy ini. Yang pertama kita harus lihat market structure terlebih dahulu. Apakah dalam keadaan uptrend atau downtrend? Dengan cara ini kita akan lebih berjaga jaga supaya tidak masuk pasaran dengan keadaan market berlawanan dengan entry kita tadi.

Kemudian perhatikan harga pagi ini dibuka atas atau bawah pivot. Jika atas, kita akan lebih cenderung untuk buy dan exit pada take profit Level secukup rasa. Manakala jika harga dibuka bawah dari Pivot hari ini, kita cenderung untuk sell berbanding buy.

Ini asas dan cara bagaimana pivot trading menjadi kaedah bagi majoriti day trader. Ada pun mereka suka meng’hybrid’kan dengan sistem atau indikator lain, itu tak menjadi masalah. Disarankan agar tuan puan backtest terlebih dahulu, dapatkan data kemudian baru praktikkan ke atas akaun pelaburan sebenar.

CUBA: [QUIZ] ANDA NI TRADERS JENIS APA