Kenali Saingan Hebat Jack Ma & Alibaba iaitu Pony Ma Pemilik WeChat, Less Known Tech Billionaire.

Majoriti manusia di atas muka Bumi mengenali Jack Ma dari Alibaba Group, tapi tahukah anda terdapat seorang lagi Ma yang sedang menguasai dunia. Itulah Pony Ma, pemilik TenCent yang dikatakan bernilai $35.4Billion mengikuti rapat net worth Jack Ma.

Kenali TenCent Holdings

pony ma
Credit: Medium

TenCent Holdings merupakan syarikat yang business stream fokus cloud providers, artificial intelligence& hiburan. Jika anda seorang gamers, pasti tahu game “Fornite” yang telah mendapat in-purchase bernilai $126juta. Pada masa yang sama Ten Cent juga memiliki WeChat , sebuah aplikasi yang kini digunapakai secara menyeluruh di China sebagai social apps, payment apps iaitu Wechat Pay.

Pony Ma tidak fokus pada market China semata, Tencent juga melabur dalam beberapa syarikat di Barat. Sebagai contoh 5% dalam Tesla yang mana CEO Tesla adalah Elon Musk, 10% saham dalam SNAP dan10% saham dalam Shopify. Buat mereka yang tidak mengetahui, Shopify merupakan provider e-commerce terbesar di dunia masa ini hingga dikhabarkan Kylie Jenner pun menggunakan Shopify sampai beliau hampir bergelar billionaire.

Baca: Kylie Jenner Dilaporkan Bakal Memecahkan Rekod Billionaire Mark Zukerberg

Walaupun kita jarang mendengar cerita sensasi mengenai Ten Cent, syarikat teknologi ini bernilai lebih $500billion dan salah satu syarikat termahal di Asia. Pesaing mereka adalah Alibaba dan sudah tentulah dua syarikat ini yang mendominasi pasaran di China.

Jika Alibaba ada Alipay, Ten Cent ada Ten Pay. Jika Alibaba ada Jack Ma, Ten Cent ada Pony Ma. Kedua duanya sama hebat dan berkaliber dalam revolusi teknologi di dunia. Walaupun dilihat sengit dalam bersaing, dua billionaire ini sentiasa merendah diri dan mengatakan mereka sendiri belajar antara satu sama lain seperti adik beradik dalam dunia perniagaan.

pony ma

Semalam TenCent melalui TenCent Music telah pun mengeluarkan IPO di NYSE dan mengejutkan apabila hari pertama listing, mereka berjaya meraih $1.1Billion. Saham Tencent Music dibuka pada harga $14.10 bersamaan 8.5% dari harga IPO iaitu $13 per unit saham.

Dikatakan Ten Cent Music mempunyai valuation yang sama nilai dengan Spotify. Di sini kami rangkumkan 3 perkara yang dilihat membantu perkembangan Ten Cent dibawah Pony Ma.

#1- User First

Pony Ma percaya syarikat yang berjaya bermula dari kepuasan pelanggan terhadap produk. Sewaktu Wechat dibina pada peringkat awal, target khusus cumalah sekumpulan orang sahaja, kemudian dikembangkan untuk komuniti akhirnya seluruh China dan Asia sudah menggunakan WeChat terutamanya sebagai payment tools mereka.

#2- Speed & Innovation

Melihatkan keadaan teknologi yang berkembang pantas sekarang, Pony Ma berpandangan jauh dan sentiasa melabur pada innovasi yang bakal menguasai dunia. Sebagai contoh Tesla yang mengeluarkan keretanya yang unik dan kini dalam proses menguji kereta tanpa driver (autonomous).

#3- Menyelesaikan Masalah

Produk yang bagus dan investable akan menyelesaikan masalah orang ramai. Misalnya, Wechat Pay digunapakai untuk menghantar kiriman wang kepada rakan/kenalan dan lakukan pembayaran online. Dengan low-cost transaction fee,sudah tentu ianya dapat menyelesaikan masalah peniaga yang ingin bertukar ke arah cashless.

Jika anda ingin mendapatkan secebis nasihat dari Pony Ma, boleh terus tonton video di bawah. Sangat memberikan inspirasi dan kongsikan kepada kawan kawan yang sedang membangunkan perniagaan

Baca: Kisah Jack Ma Membangunkan Alibaba Bermula dari Sebuah Apartment Sahaja

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram