Price Action Trading

Trading merupakan perkara crucial walaupun tampak indah di mata setiap pelabur. Jika ditanya semua pedagang di alam maya, mereka mempunyai pelbagai jenis teknik trading seperti price action, bollinger band, bill williams dan lain lain sehingga kita sendiri tak dapat hadam dek akal yang singkat.

Jadi mari kita rungkaikan kali ini mengenai price action.

Apakah Yang Dikaitkan dengan Price Action. Secara mudah price action merupakan teknik trading berdasarkan keadaan market semasa secara naked chart atau tanpa menggunakan sebarang indicator. Ada segelintir yang lebih seronok jika menggunakan indicator manakala sebahagian lebih sukakan ketenangan trade dengan naked chart. Terpulang mana mana, asalkan melancarkan perjalanan trading anda. Ada beberapa aspek dititikberatkan dalam price action trading yang harus kita tekankan kali ini.

Baca: 5 BENDA PENTING BILA BELAJAR FOREX

#Memahami Support Resistance

Support Resistance digunakan untuk melihat paras yang menjadi perhatian bigboys dlam pasaran. Support Resistance ( S&R) menjadi guide bagi setiap trader sebelum key-in order.

price action support resistance

Chart WTI di atas jelas menunjukkan uptrend side bagi timeframe Daily. Apa yang perlu kita fikirkan ialah sama ada sanggup buy di atas sana atau stay away. Pada hemat saya, lebih memilih stay away dari position.

Menurut sebilangan traders , Support Resistance bersifat minor dan major lantaran pasaran bersifat dinamik. Walaupun bagaimanapun, selaku pelabur yang bijak, kita perlu kenalpasti kekuatan bagi setiap paras S&R. Minor Support merujuk kepada level di mana S&R di timeframe kecil dan selalu breakout. Manakala Major S&R adalah paras penting di timeframe besar dan selalunya berlaku pada level Big Round Number . Contoh BRN : 1.1000 , 1.2000

Kita mengambil kira seandainya price breakout level S&R, ada dua kebarangkalian iaitu :

Pullback Setup

Bila price breakout, kita perlu tunggu price retrace terlebih dahulu. Sewaktu price retrace selalu perhatikan jika ada tanda reversal untuk ke atas semula.

price action- retracement

Breakout Setup

Breakout setup pula apabila kita menggunakan stop order +10 point atas harga semasa. Jika price breakout, akan ke atas dan kita akan untung manakala jika price sekadar cucuk sahaja kita akan mengalami kerugian.

breakout setup price action

 

#Memahami Elliot Wave

Elliot Wave adalah teori pergerakan pasaran mengikut struktur dimana dipengaruhi oleh market behavior. Antara mereka yang mempopularkan Elliot Wave adalah Robert Pretcher seorang ilmuwan dari Barat. Beliau menulis dalam bukunya Secret to Market Behavior mengenai hubungan di antara pasaran dan market structure

Buku tulisan beliau dengan telitinya menceritakan mengenai hubungkait Elliot Wave dan Fibonacci Sequence. Jika tuan puan ingin penerangan lebih jelas boleh terus dapatkan buku beliau melalui Wiley  .Asas Elliot Wave adalah wave 1, 2, 3 , 4 , 5 & A, B, C.Wave 1 adalah struktur permulaan sesuatu instrument , market akan bergerak dalam satu wave yang dominan memecahkan minor resistance. Wave 2 adalah pullback dan wave 3 adalah struktur terpanjang dalam trend tersebut. Wave 4 pula harus kita melanggar wave 1 dan wave 5 adalah ending trend. Untuk retracement A-B-C pula berlaku dalam pasaran.

elliot wave price action- investor.my

 

# Memahirkan diri dengan candlestick pattern

Diasaskan oleh Honma Muniesa, candlestick terkenal di Jepun dengan perdagangan beras mereka. Jadi disitulah titik tolak candlestick bermula dan secara tidak langsung Steve Nison dari Barat telah mempopularkannya hingga ke hari ini.

Candlestick pattern pula terdiri dari 4 level, akan tetapi kita diwajibkan faham behavior market sahaja kerana menghafal semua jenis candlestick pattern tidak menjanjikan output yang bagus sebaliknya overloaded dengan information. Elakkan perkara yang kompleks dalam trading. Jika tuan tuan bertanya pada saya apakah most reliable candlestick pattern, jawapan saya mungkin adalah engulfing pattern.

Jadi keempat ini merupakan aspek yang wajib tahu dalam price action trading method. Banyak lagi teknik trading di luar sana jika betul mahu menjadi seorang yang mahir. Akan datang, InvestorMY akan merungkai lagi beberapa kaedah trading yang menjadi kegilaan dan kesukaan ramai pelabur di Malaysia. Yang penting secara percuma, teruskan menyokong kami !

Cuba: [QUIZ] BERAPA KALI ANDA PERNAH MC