Anak Immigrant Yang Miskin Berhijrah Ke Canada Kini Menjadi Seorang ‘Shark’ Terkenal

Digelar Nice Shark dalam rancangan Shark Tank, Robert Herjavec merupakan anak kelahiran Crotia. Lebih menyedihkan bapa beliau merupakan seorang pelarian yang ditahan sewaktu komunis memerintah. Sempat melarikan diri dari penjara, bapa Robert kemudian membawa keluarganya ke Toroto, Canada untuk memulakan kehidupan baru dari kosong. Kemiskinan sebagai pelarian sangatlah menyeksakan dan sukar dibayangkan bagaimana mereka meneruskan kehidupan.

Untuk teruskan hidup, Robert mula bekerja sebagai penghantar surat khabar dan pelayan restaurant pada awal 90an. Pengalaman ini dilalui oleh Robert dengan amat perit hinggalah beliau memulakan kerjaya dalam syarikat sector technology.

Bagaimana Robert Herjavec Bermula

Bayangkan pada awalnya beliau menawarkan diri untuk bekerja secara percuma dalam syarikat. Dengan pengalaman yang beliau ada, Herjavec memulakan perniagaannya sendiri dalam bidang teknologi iaitu BRAK Systems yang akhirnya dijual kepada AT&T dengan price tag $100 juta. Tidak cukup setakat itu, beliau berjaya menjual sebuah lagi syarikat IT kepada Nokia dengan nilai $225 juta.

Dari situ beliau sudah boleh berehat dan bersara muda tetapi jalan lain yang dipilih. Robert menubuhkan The Herjavec Group bermula daripada 3 orang pekerja dan jualan serendah $400k kepada 200 pekerja dan $125 juta. Dengan kekayaan begini, hidup beliau lengkap dengan kehadiran isteri beliau Kim Johnson dan baru dikurniakan sepasang anak kembar. Ditanya kepada Robert, apakah skill utama yang diperlukan dalam diri seorang usahawan?

robert herjavec
Credit: CNBC

Beliau menjawab secara peribadi yang penting bagi beliau adalah seberapa pantas seseorang itu boleh ‘adapt’ mengikut keadaan. Perumpamaannya jika dicampakkan ke dalam hutan, beliau masih boleh hidup dan survive. Nama Robert Herjavec mula meningkat naik sejak beliau menjadi panel di Dragon Den & Shark Tank. Buat mereka yang tidak mengetahui mengenai Dragon Den atau Shark Tank, keduanya merupakan TV Show di mana setiap pemilik bisnes akan pitch produk mereka kepada panel yang terdiri daripada mereka sudah pun mencapai status multi-jutawan atau billionaire.

Bezanya Shark Tank di Amerika Syarikat manakala Dragon Den merupakan rancangan di Canada. Kedua rancangan ini mempromosikan nilai keusahawan yang sangat tinggi. Robert dilihat sangat rendah diri dalam Shark Tank dan berbeza dengan perwatakan rakan Sharks beliau iaitu Mark Cuban yang ganas, brutal dan membuat sebarang tawaran.

Dari kisah Robert Herjavec ada beberapa perkara yang kita boleh ambil sebagai teladan.

#1 – Jangan Biarkan Kisah Silam Menjatuhkan Diri.

Robert tidak melihat kisah silam anak pelarian beliau sebagai perkara untuk mengadu nasib. Beliau memilih jalan untuk berubah dan bekerja keras. Bagi mereka yang mempunyai nasib lebih baik, seharusnya kita lebih fokus. Fikirkan sejenak, tidakkah kita diberikan kehidupan yang lebih baik?

#2 – Sentiasa rendah diri

Walaupun sudah sukses, Robert masih merendah diri dan menegur dengan tutur kata yang baik. Hal ini dikagumi oleh semua orang yang menonton Shark Tank yang kini sudah pun masuk season 10. Ini merupakan 10 tips sukses dari Robert Herjavec yang wajib anda tonton.

#3 – Tidak salah untuk reward diri sendiri

Tak dinafikan, Robert sangat gila pada kereta terutamanya Ferrari. Beliau mengatakan tidak salah untuk reward diri sendiri selepas berusaha keras selama ini. Tidakkah kisah beliau keluar dari kemiskinan kini memandu Ferrari adalah satu perkara yang memberikan sedikit inspirasi kepada masyarakat.

Seperti biasa, jika anda rasakan artikel ini berguna, sila kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Baca: Bermula Sebagai Security Clerk, Kini Lelaki Ini Pemilik Bloomberg Bernilai $22.5Billion

(Visited 27 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!