Sejauh Mana Kebenaran Manusia Sudah Tidak Diperlukan Dalam Industri Pelaburan Digantikan Dengan Robo Advisor

Robo Advisor Di Malaysia ketika ini adalah sesuatu yang agak baru tetapi tidak pula keadaannya di luar negara. Ia suatu perkembangan yang bagus bila mana Malaysia dan negara Asia serantau seperti Indonesia, Brunei dan sebagainya telah menerima baik kemajuan Fintech. Contohnya: Robo Advisor, Blockchain, Cryptocurrency.

robo advisor malaysia
Credit: Betterment

Apa itu Robo Advisor

Robo Advisory Firm adalah tempat pengurusan dana yang menggunakan sistem robot yang dicode menggunakan algoritma atau mathematical formula. Ianya bertujuan memastikan pengurusan dana secara automated tanpa wujud campur tangan manusia atau mungkin jika wujud campur tangan manusia, ianya minimal.

Bayangkan kita dah tak perlu untuk risau dan urus dana kita dalam akaun pelaburan. Semuanya diuruskan oleh robot yang sangat bijak dan telah ditetapkan kriterianya oleh robo advisory firm. Canggih kan?

Robo Advisor pertama dilancarkan pada tahun 2008 sewaktu krisis kewangan, Jon Stein telah melancarkan robo advisorsnya. Sewaktu itu, teknologi ini masih baru, dan penggunaan robo advisors masih lagi terhad. Pada tahun 2008, dikhabarkan ada sesetengah orang kaya yang ingin menguruskan kekayaan mereka sendiri menggunakan robo advisor ini dan akhir tahun 2010, sekitar 100 syarikat pengurusan dana pelaburan mengumumkan mereka sudah beralih kepada Robo-Advisory Firm.

Menurut laporan mengenai Industry Fintech, industry Robo Advisor sudah pun bernilai trillion dollars dan pada tahun 2025, jumlah Asset Under Management(AUM) 3 kali ganda lebih besar dari jumlah AUM di Fund Management terbesar di dunia ketika ini iaitu Blackrock Asset Management.

Keuntungan kepada orang awam .

Di US, jika kita menggunakan khidmat hedge fund untuk menguruskan dana, cas pengurusan & komisen mereka sekitar 40% dari perkongsian keuntungan dan 3-4% cas pengurusan. Dengan adanya robo advisor, total cas dikenakan cumalah serendah 1% maximum dan ini mendatangkan faedah yang besar pada pelabur.

Pada masa yang sama, orang awam sudah tidak perlu belajar mengenai financial kewangan secara mendalam. Serahkan semuanya kepada robo advisors dan nanti ambil sahaja pulangan anda. Semuanya diuruskan secara automatic dan terjamin apabila robo-advisory firm ini wajib mendapatkan lesen Digital Investment Framework dari Security Commision.

Bagaimana Robo Advisor Berfungsi

robo advisor malaysia
Credit: Quora

Secara tipikalnya, kita dapat melihat banyak di pasaran orang membuat indicator,screener atau pun EA. Tapi Robo Advisor memberikan sesuatu yang lebih advance bila mana ianya sudah pun adapt dengan Artificial Intelligence, Data Sains. Sebelum ini,kita sebagai manusia akan mengambil data dari Data Provider untuk screening stocks kemudian kita sendiri yang key-in orders dan exit. Apabila menggunakan robo-advisors, kita cuma ‘monitor’ sahaja. Yang lain seperti screening stock, asset allocation, entry exit dan portfolio shifting semuanya dilakukan oleh robo-advisor.

Jika anda berminat dengan robo advisor ,ada beberapa komponen penting yang harus dilihat dengan teliti.

#1 Risiko setiap pelabur

Setiap pelabur berbeza risk profile mereka, jadi di sini wajarlah jika robo advisory firm melakukan ujian mendapatkan risk profile mereka terlebih dahulu. Dari situ, kita perlu set robo advisor supaya berpadanan dengan risk appetite setiap pelabur. Paling tidak pengurusan risiko perlu diutamakan.

Boleh baca : Kepentingan Pengurusan Risiko

#2 Strategy Wajib DiBacktest.

Walaupun prestasi lepas tidak menggambarkan masa depan tetapi harus diingatkan strategi yang baik haruslah lulus dari segi data. Dipendekkan cerita ‘Data Proven’ dan bukannya sekadar mengambil mana mana formula dari orang dan ‘code’ semula. Ini kerana tidak semestinya teknik yang diajarkan oleh orang tertentu proven dari segi data collection dalam tempoh atas dari 5 tahun. Kebanyakkan tak sampai 5 tahun, akaun sudah pun ranap.

#3 Pengurusan Teknikal Algorithm/Robo Advisors

Soalan yang kerap bermain di minda developers, dimana nak dapatkan data API bagi industry kewangan, di sini senaraikan:

  1. Quantopian
  2. MacroAsset
  3. TradingEconomic
  4. Bursa Malaysia
  5. Yahoo Finance

Ada yang percuma manakala ada yang berbayar.

Siapa yang pakar dalam robo advisor ini.

Kewangan & Pelaburan merupakan satu bidang yang kritikal kerana ia memerlukan pengetahuan yang sangat luas. Manakala bidang robo advisor, seorang pakar programmer diperlukan untuk memastikan algorithm anda dicode dengan baik. Jadi di sini wajarlah jika kami katakan coder robo advisor harus seorang yang mantap pengetahuan dalam financial market & technology(AI, Blockchain, Backend & Machine Learning) supaya robo advisor anda dapat dioptimumkan.

robo advisor

Setakat ini, kami mengenali secara rapat seorang Robo Advisor Developer yang sangat bagus iaitu Tuan Fadil . Beliau merupakan developer yang specialist dalam Backend, Machine learning AI, data science dan algorithm trading. Beliau sudah pun code lebih dari 50 algorithm dengan menggunakan machine learning & data science. Boleh follow beliau di Facebook iaitu Fadil Parves.

Dimudahkan cerita, robo advisor adalah machine yang kita berikan ‘otak’ untuk uruskan dana pelaburan tanpa ada campur tangan dari manusia. Harap penjelasan layman ini mampu memberikan sedikit kefahaman kepada orang awam dan jika ada soalan boleh terus kemukakan.

Harap bermanfaat.

Teruskan menyokong kami dengan like fanpage InvestorMY.

 

(Visited 65 times, 1 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!