Satya Nadella, Lelaki Dari India Yang Melakukan Transformasi Dalam Microsoft

Bilang sahaja Microsot, pasti orang akan teringat Bill Gates salah seorang manusia yang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan peribadi $96Billion setakat dilaporkan pada tahun 2018. Akan tetapi tidak ramai yang fokus kepada perjalanan operasi Microsoft dan siapa tulang belakang syarikat ini hingga mampu bersaing bersama syarikat gergasi yang lain seperti Apple, Amazon dan lain lain.

Microsoft Corporation merupakan sebuah syarikat disenaraikan dalam ranking Fortune 500 dengan nilai keuntungan $89.95Billion. Berpengkalan di Redmond Washington, Microsoft mencipta, menglesenkan serta menjual perisian computer, peralatan elektronik,OS Microsoft Window, Microsoft Suite.

Tak ketinggalan juga produk hardware Microsoft iaitu Xbox, Microsoft Surface. Dikatakan nama Microsoft ini adalah gabungan pertama “MicroComputer” and “Software” diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada 4 April 1975.

Tahun 1986, Microsoft mengapungkan saham di pasaran melalui IPO dan perkara mengejutkan berlaku apabila seramai 3 orang dari Microsoft menjadi billionaire dan 12,000 orang menjadi jutawan tatkala harga saham Microsoft melonjak naik.

Bermula 1990, Microsoft mula melakukan beberapa pengambilalihan syarikat untuk diversify. Pengambilalihan syarikat yang terbesar mereka lakukan ialah Linkedin, sebuah portal professional yang bernilai $26.2Billion pada December 2016 diikuti pengambilalihan Skype pada tahun 2011 dengan harga $8.5Billion.

Tahun 2000, Steve Ballmer menggantikan Gates sebagai CEO dengan visi beliau “device and service strategy”. Bermula dengan mengambilalih Danger Inc pada tahun 2008, dan melancarkan Microsoft Surface, sebuah device kegunaan peribadi pada tahun 2008. Microsoft juga memperluaskan lagi skop pasaran mereka dengan mengeluarkan software untuk desktop dan server termasuklah search engine iaitu Bing, MSN, Hololens, Azure dan juga Microsfot Visual Studio khas untuk programmer.

Satya Nadella memegang jawatan CEO pada tahun 2014 dan Microsoft pada kali ini fokus pada hardware dan cloud computing. Hasil daripada strategi ini, harga saham Microsoft melonjak ke paras tertinggi sejak tahun 2000.

Kenali Satya Nadella

satya nadella

Berasal dari Hydrabad India, alumni MBA dari University of Chicago ini selalu mengatakan yang beliau mahu membina sesuatu untuk dunia. Nadella adalah orang yang memacu Microsoft ke arah segmen yang menghasilkan keuntungan yang besar pada Microsoft. Beliau merasakan cloud computing dan segala benda berkaitan developer dan programmer adalah “future things”.

Oktober 2014, Nadella telah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan wanita dan dikritik hebat oleh dunia. Akhirnya Nadella meminta maaf melalui Twitter beliau dengan mengatakan ianya merupakan khilaf dari diri beliau sendiri.

Segalanya berubah selepas Nadella menjadi CEO, Jika dahulu, Microsoft sangat anti dengan Linux Os, tetapi tahun 2016 Microsoft menyertai Linux Foundation sebagai ahli Platinum.

Nadella juga sangat agresif dalam mengambilalih syarikat berprofil tinggi seperti Mojang, sebuah syarikat game dari Sweden yang terkenal dengan Minecraft pada tag harga $2.5Billion. Acquisition terakhir yang umum ketahui ialah Github pada harga $7.5Billion.

Dengan kepimpinan Nadella, Microsoft mencatatkan keuntungan tahun setinggi 27%, 3 kali ganda tinggi dari sebelumnya. Beliau memetik sebuah buku yang banyak mengubah hidup beliau iaitu Mindset, The New Pschology Success tulisan Carol Dweck. Dikatakan buku ini wajib dibaca oleh semua orang yang mahukan perubahan dari segi cara berfikir.

Jika anda ingin mengetahui lagi idea dan info menarik mengenai Satya Nadella, boleh terus dapatkan naskhah buku beliau yang bertajuk Hit Refresh. Semoga artikel ini memberikan inspirasi baru kepada masyarakat untuk terus berkembang dan menyumbang dalam bidang teknologi dunia.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram