q1

Sayonara Quantopian, Kisah Startup Yang Hebat dan Menyedihkan.

Jika anda seorang pelabur yang sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa, sudah pasti kita kenal dengan sebuah platform yang bernama Quantopian. Quantopian diasaskan pada tahun 2011 bertujuan mengumpulkan semua strategi perdagangan. Yang menariknya mengenai platform ini, segala hasil eksperimen algo akan ditayangkan untuk menarik minat pelabur. Andaikata pelabur meletakkan wang di mana mana algo tersebut, hasil akan dibahagikan antara pelabur dan pemilik algo.

Projek ini menarik minat ramai pihak termasuklah Steve Cohen dan Andreessen Horowitz. Steve Cohen merupakan billionaire dari US, pemilik hedge fund ternama manakala Horowitz pemilik firm pelaburan dana teroka berpusat di Silicon Valley. Peringkat awal, projek ini mendapat $50 juta pelaburan dari firma dana teroka untuk masuk ke pasaran pembinaan platform algorithm. Quantopian memiliki lebih 300,000 pengguna serata dunia dan dikatakan memiliki jutaan strategi dagangan. Namun, bulan lepas dilaporkan platform ini ditutup serta merta asbab prestasi yang tidak memberangsangkan. Lebih mengejutkan apabila CEO serta majoriti pekerja diserap masuk ke Robinhood.


Pengajaran yang kita dapat ialah tiada satu pun strategi yang mampu memberikan pulangan yang lumayan secara tetap. Pasaran bersifat dinamik dan berubah bila bila masa sahaja. Walaupun kita mempunyai kepakaran dalam data, tetapi data lampau sudah pasti tidak sama dengan perkara akan datang.

Sentiasalah berwaspada dan bersiap siaga dengan keadaan pasaran semasa. Sedangkan Quantopian sebuah startup yang hebat dan canggih pun tersadung, inikan kita pelabur runcit. Akhirnya kini, secara rasmi platform Quantopian ditutup dan apa yang boleh katakan, ianya sangat bagus dan memudahkan pengguna membina teknik perdagangan mereka sendiri. Sayonara Quantopian ! Anda akan kami rindui.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram