2019-08-08

Selepas Public Listing, Kini SNAP Mengeluarkan Debt Note RM4.2 Billion


Jika beberapa bulan lalu, kami pernah menerbitkan senarai syarikat yang akan issue di pasaran saham US, hari ini terbukti apabila Snapchat telah pun diapungkan sahamnya dengan ticker name SNAP.

Snap adalah syarikat induk kepada Snapchat telah mengeluarkan kenyataan untuk mencari dana menerusi debt private offering bernilai $1 billion dalam bentuk convertible note di mana tarikh matang debt note itu pada 1 August 2026.

Note $1billion (RM4.2 billion) akan digunakan untuk menampung kos operasi bisnes dan digunakan juga bagi tujuan mengambilalih syarikat yang mempunyai berpotensi berkaitan dengan mereka.Kaedah mendapatkan dana seperti ini bukanlah hal yang asing lagi bagi syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Sebagai contoh, Netflix pernah mendapatkan dana untuk membiayai kos produksi konten yang mahal.

Selepas pengumuman debt private offering dari Snap, dilihat pasaran masih negatif terhadap Snap. Ini merupakan fasa pre-market dan masih banyak aspek perlu dilihat untuk menilai SNAP.

Ini merupakan analisa santai dari penulis peribadi InvestorMY. Risiko pelaburan adalah risiko sendiri, ini sekadar pandangan peribadi dan tidak mewakili mana mana pihak.

Secara teknikal, SNAP kini berada dalam range harga $14- $18 bagi seunit saham. Analisa ini berdasarkan carta mingguan dan secara long term, saham SNAP dilihat mampu naik lagi. Akan tetapi jika harga saham menurun melepasi $13.80, maksudnya trend lebih cenderung ke arah bearish. 

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana cara menganalisa pasaran secara ringkas menggunakan apps, boleh terus baca di sini.