Kisah Stan Druckenmiller Yang Menjadi Side-Kick Kepada George Soros, “The Man Who Broke Bank Of England”Berkongsi Pandangan Beliau Mengenai Automation Dalam Dunia Pelaburan

Jika anda tahu nama George Soros, tidak lengkap jika tidak kenal Druckenmiller yang mempunyai networth $4.8Billion. Beliau ini merupakan fund manager hebat dan berpengalaman selama 25 tahun dalam menguruskan wang pelaburan. Dilahirkan di Pittsburgh, Pennsylvania dan mempunyai anak bekerja sebagai chemical engineer hasil perkahwinan bersama isteri iaitu Anne.

Tahun 1981, Druckenmiller membuka fund beliau sendiri, Duquesne Capital tetapi pada Ogos 2010 beliau menutup syarikat tersebut atas sebab tidak mampu memberikan return yang tinggi kepada pelanggan. Pada waktu syarikat beliau ditutup, asset dilaporkan bernilai $12billion.

Sebelum itu, beliau bekerja bersama George Soros dalam Quantum Fund sebagai portfolio manager dari tahun 1988-2000. Tahun 2008, beliau berjaya membuat pulangan sebanyak $260juta.

Bagaimana Stan Druckenmiller Bermula

druckenmiller

Selepas graduate dari universiti, beliau bekerja sebagai management trainee di Pittsburgh National Bank. Kemudian, beliau menjadi Head Equity Research Group selepas setahun.

Tahun 1985, beliau menjadi consultant kepada Dreyfus, sebuah fund management di New York. Jadi beliau pun berulang-alik Pittsburgh-Newyork,akhirnya tahun 1988 George Soros melantik Druckenmiller dalam Quantum Fund.

Gandingan beliau dan Soros sangat dikenali dengan gelaran,“The Man Broke Bank of England” apabila mereka membuka position short GBP(Pound Sterling) mengakibatkan Quantum Fund untung $1billion tetapi Bank Of England mengalami kemerosotan dari segi foreign reserves. Jika dinaikkan interest rates, nanti ekonomi negara pula akan mengalami kejutan mendadak.

Druckenmiller meninggalkan Soros pada tahun 2002 apabila menerima kerugian teruk dari sector technology. Jangan sangka seorang lagenda tidak bisa kalah dalam pasaran saham.

Pandangan Druckenmiller Terhadap Machine Automation

druckenmiller
Credit: AZ Quotes

Seperti yang kita maklum, dunia sedang menerima perubahan automation dari semua bidang termasuklah bidang kewangan. Dalam temubual bersama RealVision, Druckenmiller dengan tenang mengatakan,

“Sebagai seorang contrarian trader, algorithm yang berada dalam pasaran membuatkan saya keliru, dan saya buat masa ini tidak yakin dengan machine yang bertentangan dengan investing style beliau sendiri”.

Tambahan lagi, beliau cenderung kepada memerhatikan satu satu saham kemudian apabila nampak sahaja ada momentum,beliau akan meletakkan sejumlah yang besar (big play).

Semoga cerita Druckenmiller menjadi inspirasi untuk para pelabur sekalian dan jangan sesekali obsess dengan kekayaan pengurus dana serta hype fintech yang sedang kencang dalam alam maya. 

Baca: Apa Itu Robo Advisor Dan Kesannya Dalam Dunia Pelaburan

Sumber Rujukan :

  1. Bloomberg
  2. Forbes

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram