Kisah Jatuh Bangun Steve Jobs Membangunkan Syarikat Beliau Hingga Kini Bernilai $1Trillion

Dunia sudah tidak asing lagi dengan nama Steve Jobs, innovator dan leader syarikat terkemuka di dunia iaitu Apple. Bagi yang tidak mengenali Steve Jobs, beliau merupakan anak immigrant yang dijaga oleh pasangan suami isteri dari Mountain View.

Latar Belakang Steve Jobs

Steve Jobs merupakan anak kelahiran pasangan berketurunan Syrian yang dijaga oleh pasangan suami isteridari US iaitu Paul Jobs & Clara Jobs. Bakat beliau dikesan sejak di sekolah lagi hingga terpaksa menghubungi Co-Founder HP ketika itu untuk selesaikan masalah school project. 

Dapat melanjutkan pelajaran ke Harvard bukanlah satu perkara yang diminati oleh Steve Jobs, passion beliau terhadap teknologi lebih tinggi dan beliau lebih memilih untuk dropped out dari kolej. Jobs kemudiannya berpartner dengan Steve Wozniak  dan Ronald Wayne menubuhkan Apple.

Pada tahun 1983, beliau tidak sehaluan dengan lembaga pengarah Apple dan dipecat, Steve Jobs akhirnya menjual kesemua saham beliau dalam Apple pada tahun 1985.

Hasil jualan saham Apple tersebut beliau tubuhkan Next Computer yang tujuannya memperkasakan bidang research dan pengajian tinggi. Dari hardware Steve Jobs switch kepada software untuk memastikan pelanggan dapat membeli pada harga yang lebih murah.

Selain NeXT, Steve Jobs juga membangunkan business beliau satu lagi iaitu Pixar Animation Studio dibeli dari George Lucas. Pixar diapungkan di pasaran saham Amerika Syarikat. Antara biggest impact dari Pixar adalah menerbitkan Toy Story dan pada hari pertama diapungkan, nilai saham Steve Jobs sudah pun melonjak kepada nilai $1billion.

Tahun 1997, Apple mengalami kerugian dilaporkan $700million, dan market share jatuh 5% dalam pasaran. Akhirnya Apple membeli Next dengan nilai $400million dan Steve Jobs dilantik kembali dalam lembaga pengarah dan penasihat CEO Gilbert Amelio. Tindakan terdesak Apple ketika itu dilihat satu satunya cara untuk mengembalikan nama baik Apple. Masalah utama adalah mereka gagal membina  sistem Macintosh yang lebih baik.

Gibert meletakkan jawatan dan Jobs kembali menerajui Apple dengan beberapa perkara baru dilihat sebagai turning point.  Perkara pertama yang dilakukan oleh Jobs ialah deal dengan Microsoft untuk sejumlah pelaburan yang amaunnya kecil. Kemudian Jobs menggunakan G3 PowerPC microprocessor pada setiap Apple computers membuatkan mereka lebih laju berbanding produk pesaing.

Perkara ke-3 yang dilakukan oleh Jobs ialah mengetuai product development dan membina product line terbaru Imac yang lebih sesuai dibeli oleh pelanggan Apple. Turning point ini membuahkan hasil setahun selepas itu apabila Apple mencatatkan keuntungan $5.9Billion.

Apa Yang Kita Boleh Contohi Dari Steve Jobs.

#1 – Simplifykan Semua Perkara

Sebagai seorang yang genius, Jobs akan memudahkan dan meminimalkan semua perkara. Dari segi storytelling beliau sendiri, Jobs akan bercerita seolah olah semua perkara tech ini adalah perkara yang mudah.

#2- Team Yang Bagus

Steve Jobs berpendapat kita untuk memastikan mereka yang genius dan berbakat bekerjabersama kita, kita perlu memberikan peluang untuk sebarang idea dan cadangan.Pengalaman Jobs sendiri, adakalanya tidak bersefahaman dengan team tetapi itu petanda yang sangat bagus untuk syarikat.

Hari ini Apple diterajui oleh CEO, Tim Cook dan nilai Apple sudah pun mencecah 1 trillion direkodkan pada tahun 2018 .Kami kongsikan video yang anda perlu tonton mengenai Steve Jobs, beliau meninggal dunia pada tahun 2011 kerana kanser.

Tonton Video Ucapan Beliau.

Percayalah brand yang dibina oleh Jobs suatu masa dulu sudah pun menjadi impak besar pada dunia hari ini kerana kehebatan story Steve Jobs dan core value Apple itu sendiri.

Baca : Kisah Dan Zanger Memiliki Nilai Pelaburan $18Juta Bermula Dari Modal $10,000.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram