thumbnail syarikat gergasi 1

Syarikat Gergasi dalam Pasaran Saham Global

Dunia pasaran saham semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelabur. Bukan sahaja melibatkan pasaran saham di Malaysia malah sehingga ke peringkat global. Penentuan saiz market capitalization atau juga dikenali permodalan pasaran dapat menentukan saiz sesebuah syarikat yang didagangkan di pasaran saham. Kini terdapat beberapa buah syarikat yang sudah melebihi USD 1 trilion market cap.

Apple

  • Jumlah Market Cap : USD 2.252 trilion
  • Jumlah Pendapatan : USD 274.52 bilion (2020)
  • Industri : Elektronik, Teknologi maklumat
  • Produk : iPhone, Macbook, iTunes, Apple Music, iCloud, Apple Pay dan sebagainya

Apabila kita berbicara mengenai Apple, pasti kita akan menyebut nama Steve Jobs yang merupakan pengasas kepada syarikat ini. Sepanjang penglibatannya, Steve Job telah menghasilkan dan menyumbang idea terhadap produk keluaran Apple sebelum tugasnya sebagai CEO beralih kepada Tim Cook. Antara produk Apple adalah iPhone, iPad, Macbook, Apple TV, Apple watch dan lain-lain. Generasi iPhone mula diperkenalkan pada tahun 2007. Pengenalan ini telah mencatatkan jualan sehingga 1.4 juta iPhone terjual dan berjaya mengalahkan pesaing dalam dunia telekomunikasi pada ketika itu seperti Nokia dan Blackberry.

Pada tahun 2020, ia berjaya menjual sebanyak 216 juta produk keluaran Apple di serata dunia. Jika dilihat dari segi prestasi syarikat, Apple merupakan syarikat pertama di dunia yang berjaya mencecah nilai market cap sebanyak USD 1 trilion pada tahun 2018. Selang 2 tahun kemudian, Apple sekali lagi berjaya menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat dan dunia mencecah market cap USD 2 trilion.

Gambar : BBC

Microsoft

  • Jumlah Market Cap : USD 1.966 trilion
  • Jumlah Pendapatan : USD 143.02 billion
  • Industri : Pembangunan perisian
  • Produk : Microsoft Office, Microsoft Windows, Xbox
  • Pasaran saham : MSFT (Nasdaq)

Microsoft merupakan salah satu syarikat pembangunan perisian yang terkenal di peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Bill Gates. Ketika awal pengenalannya, Microsoft menghasilkan dan membangunkan software developer pertama yang mencadangkan perisian yang dikemaskini di dalam komputer. Penggunaan komputer ini memudahkan mesra pengguna terutamanya di rumah.

Microsoft mula disenaraikan secara awam (IPO) pada tahun 1986 dan telah menyebabkan sahamnya melonjak naik yang menjadikan Bill Gates jutawan muda ketika beumur 31 Tahun. Kini dari segi pasaran saham syarikat Microsoft yang diketuai oleh CEO Satya Nadella telah mencatatkan market cap USD 1 trilion pada tahun 2019. Ini telah menjadikan Microsoft syarikat yang ketiga mencapai USD 1 trilion selepas Apple dan Amazon.

Permainan video Xbox mula diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2001. Gambar : Microsoft

Saudi Aramco

  • Jumlah Market Cap : USD 1.897 trilion
  • Jumlah pendapatan : USD 229.9 bilion (2020)
  • Industri : Pengeluaran minyak dan gas serta penapisan (refining)
  • Produk : Minyak petrol, gas asli dan produk petrokimia yang lain

Saudi Aramco merupakan syarikat petroleum dan gas asli kepunyaan Arab Saudi yang berpangkalan di Dhahran yang membawa maksud singkatan kepada Saudi Arabian Oil Company. Menjelang tahun 2020, ia adalah salah satu syarikat terbesar di dunia dari segi pendapatan yang diperolehi. Ia juga mempunyai lebih daripada 270 bilion tong bersamaan 43 bilion meter padu. Jumlah ini telah menyebabkan Aramco mempunyai rizab minyak mentah kedua terbesar di dunia. Jika dibandingkan jumlah pengeluaran minyak harian, Aramco telah mendahului berbanding syarikat pengeluar minyak mentah yang lain.

Syarikat ini mula mendapat perhatian apabila Aramco berhasrat untuk didagangkan pasaran saham syarikat di Bursa Saham Tadawul. Pada tahun 2019 Aramco telah didagangkan secara IPO, dengan menunjukkan kadar kenaikan sebanyak USD 25 bilion bersamaan tiga bilion saham di Bursa Saham Tadawul. Jumlah ini hanyalah 1.5 peratus daripada nilai syarikat, jauh lebih rendah berbanding kebanyakkan syarikat yang didagangkan di pasaran saham. Pada tahun 2020, Forbes Global 2000 telah menyenaraikan Saudi Aramco sebagai syarikat awam ke-5 terbesar di dunia.

Gambar: Statista

Amazon

  • Jumlah Market Cap : USD 1.711 trilion
  • Jumlah Pendapatan : USD 386.1 bilion (2020)
  • Industri : Perniagaan Perkhidmatan dan Peruncitan

Amazon telah diasaskan oleh individu yang dikenali sebagai Jeff Bezos pada tahun 1994. Jeff Bezos telah mengambil peluang ini disebabkan pada ketika itu kurang syarikat yang menjalankan perniagaan secara dalam talian yang melibatkan penjualan buku. Pada tahun 1997, syarikat Amazon telah disenaraikan secara Initial Public Offering (IPO) sebanyak USD 18 pada seunit saham yang didagangkan menggunakan simbol AMZN di pasaran Nasdaq.

Kini Amazon bukan sahaja terlibat dalam industri penjualan buku, malah mula melibatkan diri dalam pasaran penjualan barangan elektronik , pakaian, runcit, permainan video dan Kindle Direct Publishing. Perkhidmatan secara dalam talian ini, memberikan kebebasan kepada pengarang dan penerbit menyediakan buku dalam talian Kedai Kindle. Secara keseluruhannya, market cap Amazon telah mencecah USD 1.7 trilion dengan mempunyai jumlah pekerja sebanyak 1.2 juta.

Gambar : Statista

Alphabet

  • Jumlah Market Cap : USD 1.539 trilion
  • Jumlah Pendapatan : USD 182.5 bilion (2020)
  • Industri : Perisian telefon pintar dan teknologi internet

Pada tahun 2015, Google melalui pengasasnya Larry Page telah mengumumkan satu penstrukturan secara besar-besaran dengan mengumumkan sebuah syarikat baharu yang dikenali sebagai Alphabet. Alphabet telah dijadikan sebuah syarikat induk utama yang mempunyai beberapa anak buah syarikat. Antaranya, Google diletakkan sebagai anak syarikat paling besar.

Selepas 5 tahun penstrukturan dilaksanakan, Alphabet berjaya mencatatkan dan mencecah market cap USD 1 trilion buat pertama kali pada awal Januari 2020. Apa yang menariknya, Alphabet merupakan syarikat yang ke-4 dari Amerika Syarikat yang mencapai market cap USD 1 trilion selepas Apple, Amazon dan Microsoft.

Antara anak syarikat yang diletakkan di bawah Alphabet. Gambar : medium.com

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram