thumbnail 1

Syarikat Gergasi Teknologi yang Bertapak di Malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru yang menawarkan kelebihan kepada pelabur asing yang ingin bertapak dan menjalankan operasi. Ini didorong oleh Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka dan infrastruktur serta tenaga pekerja yang mahir.

Malaysia juga telah meliberalisasikan ekonomi dengan melibatkan diri dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua-hala dan serantau Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA)  memberi keyakinan kepada pelabur mengenai faedah yang akan diperolehi melalui liberasasi pelaburan dan perdagangan. Mari kita lihat antara syarikat gergasi yang beroperasi di Malaysia.

Intel

Sebut sahaja Intel pasti kita akan terbayang kehebatan mengenai cip prosesor yang terdapat dalam komputer atau laptop. Pada era 90-an merupakan era terbaik bagi Intel kerana waktu kebangkitan teknologi dunia perkomputeran. Secara umumnya Intel mula melebarkan pasaran di Malaysia pada tahun 1972 yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kini, Intel mempunyai 3 cawangan di Malaysia iaitu di Bayan Lepas, Georgetown dan Kulim, Kedah.

Analog Devices

Analog Devices atau nama singkatannya ADI merupakan syarikat berasal dari United States yang mahir dalam kepakaran semikonduktor pembuatan intergrated circuits untuk peralatan elektronik. Syarikat ini juga didagang di Nasdaq dengan nilai pasaran sekitar USD 162.44 dan mencapai keuntungan sebanyak USD 6.2 bilion pada tahun 2019 serta market capitalisation USD 6.1 bilion.

Syarikat ini mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1994 dan kini mempunyai jumlah pekerja seramai 2000 staff. Pada awal 2020, Analog Devices telah menjalinkan kerjasama dengan Hyundai Motor dalam sektor automotif yang dikenali Automotive Audio Bus (A2BR). Teknologi ini berfungsi sebagai all-digital road noise cancellation system. 

Salah satu cip buatan ADI. Gambar: analog.com

Panasonic

Nama Panasonic bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia bermulanya nama sebagai National dalam pasaran peralatan elektrik pada awal 70-an. Syarikat ini ditubuhkan pada Mac 1976 di Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Matshushita Sales & Services Sdn Bhd (Masco). Masco telah diubah nama kepada National Panasonic Malaysia (NPM) pada tahun 1992 dan tahun 2003 baru lah bermula nama sebagai Panasonic.

Rangkaian Panasonic bukan sahaja terletak di Malaysia malah ke serata dunia. Di Malaysia terdapat lebih 5 kilang yang beroperasi dan kebanyakkan terletak di Selangor. Namun disebalik persaingan dari Syarikat China yang menawarkan harga yang lebih yang rendah dalam pasaran solar menyebabkan Panasonic telah menghentikan operasi dalam perniagaan bateri dan solar. Syarikat Panasonic telah mencatakan kerugian dan terpaksa menutup salah satu kilang penghasilan sel dan panel solar di Malaysia sepenuhnya pada mac 2022.

Gambar: Edgemarket

Infineon Technologies

Infineon merupakan anak syarikat Siemens dan ditubuhkan di Jerman pada tahun 1999. Syarikat ini menjalankan  perniagaan berasaskan teknologi semikonduktor. Infineon tersenarai dalam 10 syarikat besar dalam semikonduktor dunia. Syarikat ini telah mencapai jualan sebanyak 8.6 bilion Euro pada tahun 2020.

Di Malaysia terdapat 2 kilang beroperasi dalam pengeluaran iaitu di Batu Berendam, Melaka dan Kulim Kedah. Apa menariknya, hanya 4 sahaja kilang yang beroperasi dalam pengeluaran (production) di Asia, satu di Indonesia dan Korea Selatan. Kini saham infineon didagangkan di pasaran Frankfurt Stock Exchange Germany.

Gambar: infineon

Texas Instruments (TI)

Syarikat ini berpengkalan di Dallas, Texas Amerika Syarikat mula beroperasi di Zon perdagangan bebas Ulu Klang seawal pada tahun 1972. Syarikat ini terus berkembang dari segi saiz, kapasiti pembuatan dan tenaga pekerja. Kini Texas Instrument meluaskan operasi dengan pembukaan kilang di Batu Berendam, Melaka.

TI terlibat dalam pembuatan dan pemasangan produk semikonduktor, sensor automotif dan peranti frenkuensi radio. Produk ini boleh didapati di telefon bimbit, komputer riba, dan sistem brek dalam kereta. Texas Instrument merupakah salah satu pelopor terbesar dunia dalam segmen semikonduktor yang mempunyai jumlah pendapatan sebanyak USD 14.38 bilion pada tahun 2019.

Syarikat Texas Instrument yang beroperasi di Ampang, Kuala Lumpur.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram