Thumbnail industri software di China

Syarikat Software Terbesar di China

Saban tahun, China telah menghasilkan pelbagai teknologi perisian yang melibatkan pelbagai syarikat di China. Pendapatan untuk industri pembangunan perisian China dijangka meningkat sebanyak USD 1.2 trilion pada tahun 2021. Dengan teknologi ini mampu meletakkan diri mereka sebagai pesaing dalam teknologi antarabangsa terkemuka di dunia dan pencabar kepada beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat.

Huawei

Huawei merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas pegawai tentera China iaitu Ren Zhengfei pada tahun 1988. Jika di lihat, Huawei antara salah satu pelopor dalam pasaran telekomunikasi global. Syarikat ini mempunyai anggaran 197 ribu pekerja yang melibatkan hampir 170 negara. Ia mengeluarkan dan menghasilkan telefon pintar, jam pintar, komputer riba dan lain-lain.

Pada tahun 2020 syarikat ini memperoleh nilai pendapatan tahunan sebanyak USD 136.7 bilion bersamaan peningkatan sekitar 71% dalam tempoh 5 tahun, Walaupun Huawei menghadapi pelbagai cabaran terutamanya menerima sekatan dan tekanan daripada Amerika Syarikat. Namun, Huawei masih mampu mencatatkan pendapatan yang memberangsangkan. Sampai satu ketika, USA telah menyenaraikan hitam dan menyekat bekalan cip komputer Huawei kepada syarikat dari Amerika.

Gambar: technode.com

Tencent

Tencent Holdings Ltd. adalah syarikat yang berpangkalan di Shenzhen yang memfokuskan kepada perkhidmatan online advertsing, fintech dan nilai tambah. Syarikat ini juga menawarkan permainan secara dalam talian (online) yang dihubungkan melalui internet dan mobile applications. Tencent juga adalah salah satu gergasi dalam rangkaian sosial di China. Antara produknya seperti WeChat yang telah dimuat turun hampir 1.25 bilion pengguna pada suku kedua tahun 2021.

Pada 25 Ogos yang lalu, Tencent mencapai market cap sebanyak USD 584.5 bilion. Ia mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak USD 74.4 bilion pada tahun 2020 dengan perningkatan 27.9% berbanding tahun sebelumnya.

Alibaba

Jika kita sebut mengenai Alibaba, pastinya kita hanya mengetahui ia dikenali sebagai peruncit dalam perkhidmatan e-dagang. Tetapi Alibaba juga terlibat dalam syarikat perisian dan terpenting di negara China. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Jack Ma yang merupakan bekas guru bahasa Inggeris dari Hangzhou.

Ia dikatakan mirip seperti ” Amazon of China” yang membantu peniaga kecil dan sederhana memasarkan produk mereka secara dalam talian sama ada di domestik dan pasaran global. Alibaba terus berkembang dengan menerapkan kemajuan teknologi digital dalam transaksi perkhidmatan dalam talian. Termasuklah kemudahan perdagangan mudah alih, cloud computing, logistik dan fulfillment networks.

Perkhidmatan Software ini dilaksanakan melalui anak syarikatnya Alibaba Software. Firma ini menawarkan perkhidmatan pembayaran melalui Alipay. Pada Ogos yang lalu, Alibaba merekodkan market cap USD 463.7 bilion dan pendapatan syarikat sebanyak USD 109.5 bilion yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Gambar: cnbc

JD.com Inc

Pada asal penubuhanya, ia dikenali sebagai 360buy yang merupakan sebuah syarikat berpangkalan di Beijing. JD.com adalah syarikat Internet yang menawarkan penjualan dan peruncit dalam talian. Ia telah mencapai 99% fulfillment network dari penduduk China dan mempunyai 1200 gudang. Melalui platform e-dagangnya, JD.com menjual pelbagai barangan seperti pakaian, komestik, makanan, perabot, barangan elektrik dan elektronik, perkakas perumahan dan lain-lain. Ia juga menyediakan perkhidmatan logistik, perniagaan dan teknologi kepada pelanggannya.

Pada tahun 2020, JD.com mencatatkan pendapatan bersih sebanyak USD 114.3 bilion. Ia merupakan perningkatan 29.3% (YoY) dari tahun sebelumnya. Pengguna aktif juga meningkat sebanyak 30.3% dari 362 juta pengguna pada tahun 2019 kepada 471.9 juta pengguna padatahun 2020.

Gambar: techcruch.com

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram