Untitled design (3)

Syarikat Terkemuka dalam Industri Elektronik di Jepun

SONY

Sebut sahaja jenama Sony, pasti kita akan terbayang tentang kegilaan anak muda terhadap konsol permainan video “Playstation”. Tetapi tahukah anda siapakah sebenarnya pencipta dan pengasas jenama ini. Sony ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Ibuka Masaru, Pada mulanya, ia hanyalah sebuah kedai peralatan elektronik yang mempunyai 8 orang pekerja. Produk pertama yang dikeluarkan merupakan sebuah periuk nasi, namun produk ini menemui kegagalan.

Setahun selepas penubuhan, Morita Akio telah bekerjasama dengan Ibuka Masaru dan syarikat ini dikenali sebagai Tokyo Tsushin Kogyo (Tokyo Telecommunication Engineering Corporation). Ia telah mengeluarkan produk pertama di Jepun iaitu first tape recorder yang dikenali sebagai Type-G. Pertengahan tahun 1950-an, Tokyo Tsushin Kogyo telah memperkenalkan Radio transistor TR-63 di pasaran Amerika.

Radio ini berkonsep “saiz poket” dan mudah di bawah kemana-mana telah menarik perhatian ramai terutamanya golongan remaja. TR-63 telah berjaya terjual sebanyak 100,000 unit. Titik permulaan ini lah yang telah menyebabkan syarikat ini telah menukar nama jenama kepada “Sony” pada tahun 1958. Kini, jenama Sony telah berkembang luas ke serata dunia dengan memperkenalkan pelbagai produk ia bermulanya daripada era Sony Walkman sehinggalah ke permainan “Playstation”. Pada tahun 2020 Sony telah mencatatkan data sebanyak:

  • Market Capitalisation: USD 123.21 bilion (118)
  • Jumlah Pendapatan : USD 77.45 bilion
  • Produk: Barangan elektronik, Semikonduktor, Permainan Video, Muzik, Filem, Telekomunikasi dan lain-lain.
  • Jumlah Pekerja: 111,700 pekerja
  • Pasaran Saham: Didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE), Tokyo Stock Exchange (TYO), Nikkei 225, Tokyo Stock Price Index (TOPIX)

PANASONIC

“A Better Life , A Better World”, apabila kita terbaca moto ni pastinya kita akan mengingati mengenai jenama yang tersengah ini iaitu Panasonic. Jenama Panasonic ini mempunyai sejarah dan liku perjalanan yang panjang sehingga mencapai 103 tahun penubuhan pada 2021. Panasonic diasaskan pada 7 Mac 1918 oleh Konosuke Matsushita yang mempunyai cita-cita dan keinginan untuk mencipta sesuatu yang bernilai.

Pada ketika itu, syarikat ini dikenali sebagai Matshushita Electronic Housewares Manufacturing Works yang hanya mempunyai 3 orang pekerja iaitu Matshushita 23, Mumeno 22 tahun dan adiknya Toshio Lue 15 tahun. Produk pertama yang dikeluarkan merupakan soket mentol dan mentol lampu di basikal. Inovasi ini mula berkembang dari sebuah mentol sehinggalah pelbagai barangan elektrik dikeluarkan oleh Panasonic. Bermulanya daripada 3 orang pekerja, kini Panasonic telah berkembang sehingga mempunyai 259,385 pekerja pada tahun 2020.

  • Market Capitalisation: USD 27.54 bilion (728)
  • Jumlah Pendapatan : USD 60.62 bilion
  • Produk: Barangan elektronik, peralatan kelengkapan dapur, solar dan pengecasan semula bateri, software, hartanah
  • Jumlah Pekerja: 259,385 pekerja
  • Pasaran Saham: Didagangkan di Tokyo Stock Exchange (TYO), Nagoya Stock Exchange (NAG), OTC Markets Group, Nikkei 225, Tokyo Stock Price Index (TOPIX)

SHARP

Sharp Corporation merupakan sebuah syarikat multinasional dari Jepun yang bertapak di Osaka. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1915 oleh Tokuji Hayakawa. Jenama Sharp diambil nama sempena pembuatan salah satu pensil mekanikal iaitu Ever-Sharp. Pada mulanya syarikat ini dikenali sebagai Hayakawa Metal Works (1924), Hayakawa Electric Industry Company (1942) dan Sharp. Selepas perniagaan pembuatan pensil musnah disebabkan faktor gempa bumi, syarikat ini telah berpindah ke Osaka untuk menghasilkan set radio generasi pertama di Jepun.

Pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh Sharp seperti, pada tahun 1953 Hayakawa Electric telah menghasilkan televisyen buatan Jepun pertama yang dikenali (Sharp TV3-14T). Pada tahun 1964 syarikat ini telah menghasilkan kalkulator transistor pertama di dunia (Sharp CS-10A) yang berharga USD 1.400. Sepanjang 10 tahun, Sharp telah mengeluarkan pelbagai jenis kalkulator mengikut peredaran teknologi pada ketika itu. Kini Sharp bukan sahaja mengeluarkan kalkulator, malah menghasilkan pelbagai barangan elektronik untuk memenuhi permintaan pasaran.

  • Market Capitalisation: USD 10.10 bilion
  • Jumlah Pendapatan : USD 21.39 bilion
  • Produk: Barangan elektronik,
  • Jumlah Pekerja: 259,385 pekerja
  • Pasaran Saham: Didagangkan di Tokyo Stock Exchange (TYO), Nagoya Stock Exchange (NAG), OTC Markets Group, Nikkei 225, Tokyo Stock Price Index (TOPIX)
Kalkulator electronic yang dikeluarkan Sharp (CS-10A). Gambar: Sharp

NINTENDO

Bermulanya era 70-an permainan arcade menjadi fenomena baru dan popular di serata dunia. Pasti golongan yang lahir pada era ini pernah bermain permainan “Donkey Kong” dan “Super Mario”. Watak ini telah menjadi simbol dan ikonik kepada pengeluarnya iaitu Nintendo. Nintendo diasaskan pada 23 September 1889 oleh Fusajiro Yamauchi yang bertapak di Kyoto Jepun.

Pada awal penubuhan ini, Nintendo menjual dan menghasilkan permainan berunsurkan kad yang dipanggil Hanafuda. Kad ini dihasilkan secara manual melalui pembuatan tangan oleh pekerja yang diupah oleh Yamauchi. Menjelang tahun 1956, Hiroshi Yamauchi pada ketika itu berusia 22 tahun yang merupakan cucu kepada Fusajiro Yamauchi telah mengambil alih pentadbiran Nintendo.

Fusajiro mempunyai satu pandangan dan visi yang luas untuk melebarkan sayap Nintendo ke pasaran luar. Pada tahun 1963, Yamauchi telah menjenamakan semula sebagai Nintendo Playing Card Co. Ltd kepada Nintendo Co, Ltd. Perubahan nama ini menyebabkan Nintendo telah mengubah strategi daripada pembuatan permainan kad kepada permainan secara elektronik. Kini, Nintendo telah menjual melebihi 5 bilion permainan video dan 790 juta unit permainan Nintendo di seluruh dunia.

  • Market Capitalisation: USD 68.68 bilion (260)
  • Jumlah Pendapatan : USD 15.50 bilion
  • Produk: Industri permainan video
  • Jumlah Pekerja: 6,547 pekerja
  • Pasaran Saham: Didagangkan di Tokyo Stock Exchange
Antara permainan kad yang dihasilkan oleh Nintendo. Gambar: BBC

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram