Tips Bermain Saham Dengan Modal Kecil

Bermain Saham Atau Melabur Saham?

Perkataan “bermain saham” sudah menjadi sinonim dalam masyarakat kita walhal perkataan yang lebih sesuai digunakan adalah ‘melabur dalam saham’. Secara amnya, majoriti pelabur runcit di Malaysia adalah dari golongan marhaen dan tidak mempunyai kapasiti yang besar untuk “bermain saham” secara besar-besaran. Jadi ramai di kalangan kita yang sedang mencari cara bermain saham dengan modal yang kecil di atas sebab modal mereka agak terhad.

Sebelum itu, elok kita kenal dengan lebih dalam apa itu saham. Saham secara am bermakna pegangan pemilikan dalam satu entiti. Bermaksud jika kita mempunya wang, lalu kita berminat dengan perniagaan A dan kita laburkan sejumlah wang, kira sudah dikira salah seorang dari pemilik syarikat tersebut.

pelaburan saham

Contoh yang lain, jika kita berminat dengan saham maybank, kita boleh membeli saham tersebut pada harga yang ditawarkan melalui akaun CDS kita yang telah berdaftar. Harus diingatkan tanpa ada akaun CDS, kita tidak boleh lakukan jual beli saham di Bursa Malaysia.

Jika anda selalu gunakan istilah bermain saham, anda boleh tukar sekarang kepada trade saham, atau labur dalam saham.

Keliru dengan instrumen

Ramai yang terkeliru dengan saham forex atau pun saham emas. Financial Market terdiri dari beberapa jenis instrumen, contohnya saham (ekuiti), pasaran hadapan (forex, emas, minyak), bond dan lain lain. Biar kami jelaskan di sini, Forex merupakan tukaran matawang asing, manakala emas pula adalah dagangan kontrak pasaran hadapan. Jangan tertukar ya!

Sebelum meletakkan duit dalam pasaran saham, elok kita kenal terlebih dahulu jenis jenis saham. Di Bursa Malaysia setakat ini terdapat lebih dari 1000 saham didagangkan. Daripada seribu lebih, mustahil untuk kita beli semua, jadi sebaiknya kita perlu ada method yang terbukti berkesan. Mungkin boleh belajar dari guru guru di luar sana, ada yang purely technical analysis, ada yang value investing, ada yang menggunakan cara hybrid, asalkan profit secara konsisten dan memberikan manfaat kepada kita tidak menjadi masalah besar.

Cara labur saham dengan modal kecil yang boleh kita cuba ialah :

# Beli stock yang mempunyai potensi untuk bullish

Baca: 4 GOLDEN TIPS SAHAM

Growth stock adalah saham yang mempunyai operasi business yang bagus dan boleh berkembang dengan pantas. Pelabur seperti Peter Lynch juga melakukan belian bagi growth stock kerana potensi kenaikannya berbaloi jika dibandingkan dengan harga beli. Situasi inilah yang dikatakan ‘more reward than risk’ dalam pelaburan saham.

Paul Tudor Jones yang terkenal dengan assymetric trading system di hedge fund beliau pernah menyebut “saya lebih suka memilih position yang boleh berikan pulangan 5 kali ganda berbanding risiko”. Jelas di situ, pemilihan saham sangat penting untuk mendapatkan pulangan yang baik.

Bagi seorang value investor, apa yang penting ialah buy low sell high. Konsep ini terpakai bukan pada harga tetapi nilai sesebuah syarikat. Sebagai contoh saham Tafakul, beberapa tahun dahulu amat murah tetapi pada hari ini nilainya sangat tinggi. Bayangkan jika anda seorang pemegang saham syarikat takaful, capital gain dapat, dividen pun dapat. Seronok kan?

pelaburan saham

# Wujudkan dana untuk beli saham berkualiti secara bulanan

Ada satu golongan yang melakukan hal ini. Kebanyakkannya adalah pelabur nilai dan pada hemat mereka beli satu saham itu seeloknya di waktu harga murah. Situasinya begini, jika kita suka beli barangan Spritzor pada harga diskaun, kenapa tidak beli saham Spritzor pada harga yg murah?

Demikianlah perumpamaan dalam melakukan penilaian saham. Jangan kita ingat, saham yang mahal tidak berbaloi untuk dibeli dan tidak pula saham yang murah itu semuanya berbaloi untuk diborong. Semuanya bergantung kepada pemahaman kita terhadap pasaran itu sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan ialah buat valuation terhadap senarai syarikat yang mantap prestasi nya kemudian, amalkan dengan cara membeli 100 lot setiap bulan. Terpulang atas kapasiti modal dan pilihan anda,  tepuk dada tanya selera. Walau bagaimana pun, dapatkan nasihat pakar dahulu takut takut penilaian anda ada kesilapan dan sebagainya.

Sebelum beli pastikan saham tersebut, pastikan masih di bawah nilai. Pastikan data laporan kewangan nya cantik dan tiada unsur unsur pengurusan yang menyeleweng. Kemudian barulah kita mula merancang harga yang ingin kita set order bagi saham tersebut. Jangan gopoh kerana bak kata John J. Murphyhistory repeated by itself.

# Elakkan membeli saham tak berkualiti

Dalam seribu lebih kaunter saham di Bursa Malaysia, terdapat juga sebahagian saham yang boleh dikategorikan “tidak berkualiti” ataupun nama lain penny stock. Antara kriteria dalam ‘saham tidak berkualiti’ ini ialah mengalami kerugian dalam satu tempoh waktu yang panjang (3-5 tahun).  Jika anda mempunyai seorang kawan yang berniaga, meminta anda melabur ke dalam syarikat beliau adakah anda mahu melabur walhal tak pernah untung konsisten? Sudah tentu lah tidak, begitu juga dengan melabur saham, pastikan tuan tuan mencari syarikat yang untung secara konsisten.

Ada sesetengah org suka membeli saham goreng dengan anggapan tiada risiko loss kerana persepsi penny stocks harganya bawah 40-50sen. Jika kita singkap kembali, terdapat sebahagian penny stock yang asalnya harga sen sen tetapi kini sudah pun masuk dalam PN17 kemudian delisted.

Setiap perkara dalam pasaran ekuiti pasti ada risikonya tersendiri. Jangan pernah ada tanggapan saham 5 sen , 10sen tak boleh delist dan kurang risiko. Sebaliknya cari lah saham yang bagus untuk dibeli dan cuba lakukan pembelian pada harga yang murah. Murah ini bergantung kepada valuation kita terhadap sesebuah syarikat.

# Hold position buat tempoh yang lama

Hold position buat satu tempoh yang lama ini sukar dilakukan majoriti pelabur. Warren Buffet pernah menyebut ” Beli saham yang kita boleh pegang selamanya”. Apabila kita memberikan masa yang lama kepada pasaran, saham kebiasaannya akan meningkat dek kerana ‘economy cycle’ yang sedang berjalan.

Warren Buffett
Warren Buffett

Akan tetapi janganlah kita bersikap hold 3 tahun tetapi bila baru untung 10sen sudah jual. Kalau kita beli satu saham berdasarkan kaedah teknikal, exit pun harus teknikal.

Jika gunakan value investing dalam membeli saham, pastikan exitnya di instrinsic value atau pun hold forever. Jangan campur adukkan kaedah terutamanya apabila sedang floating loss. Contohnya entry guna teknikal, bila hit stop dan tiba tiba terus tukar strategi buang stoploss/cutloss, biarkan floating dengan alasan mengikut kaedah value investing. Tak digalakkan sama sekali !

Kesimpulan “Bermain Saham”

Setiap pelabur sebaiknya defensif terhadap pasaran,”Mr Market be your best friend” – Ben Graham, value investing Godfather. Kegopohan membeli saham tidak mengikut masa dan harga yang betul akan menyebabkan anda rugi masa dan wang modal pelaburan.

Kaedah ini tidaklah terpakai untuk semua orang. Ini contoh cadangan yang boleh kita lakukan untuk menjaga portfolio masing masing. Jika mahukan pulangan yang positif  secara konsisten dan selamat, tuan puan boleh  laburkan wang di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Pelaburan yang kami syorkan ini khas untuk mereka yang mempunyai wang lebihan untuk dikembangkan. Jika melibatkan duit keperluan asas, duit beli susu diapers amatlah tidak sesuai. Pastikan cashflow anda dalam keadaan baik sebelum melabur!

Cuba: [QUIZ] ANDA MAZHAB PELABURAN YANG MANA

(Visited 468 times, 3 visits today)
DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA
TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

DOWNLOAD TEMPLATE EXCEL PERCUMA

TEKNIK GANDAKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN ASB

Isi Maklumat Di Sini dan Anda Akan Menerima Emel Balas Automatik Sebentar Lagi

You have Successfully Subscribed!