Tips Saham Dari Pelabur Jutawan India

Tips Saham ini diperlukan anda!

Tips saham yang anda cari ada dalam rencara ini. Bercerita tentang melabur saham, merujuk kepada 10 orang terkaya di dunia yang tersenarai dalam majalah Forbes, majoriti daripada mereka adalah pelabur saham yang aktif berjual beli saham. Saham bermaksud pegangan bahagian dalam syarikat dan pelabur saham adalah orang yang memiliki unit bahagian dalam syarikat secara langsung atau tidak langsung.

Untuk berjaya dalam melabur saham tak kisah sama ada modal kecil atau besar asalkan kita faham konsep melabur dalam pasaran saham itu sendiri. Jadi untuk berjaya apa tindakan kita untuk pergi ke arah itu ? Tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan berguru dan terus membaca buku serta majalah saham. Bersediakah kita membelanjakan 5-6 angka kos pembelajaran atau bukankah lebih baik jika kita mendengar nasihat dari mereka yang sudah berjaya.

Salah seorang yang berjaya di Asia adalah seorang pelabur nilai yang terkenal iaitu Mohnish Pabrai. Beliau adalah contoh berdekatan dengan kita untuk belajar mengenai jalan hidupnya. Dibesarkan dalam keluarga miskin, Mohnish Pabrai mula melabur apabila mengetahui dan mengkaji Warren Buffet.

BACA : 5 PERKARA WAJIB TAHU DALAM FOREX TRADING

Warren Buffett
Warren Buffett

Ini 3 tips dari Mohnish Pabrai.

1. Pelaburan Adalah Perniagaan

“Usahawan yang bagus adalah mereka yang mampu menguruskan risiko dengan baik”- Mohnish Pabrai. Pokok pangkalnya, seorang pelabur yang baik haruslah menguruskan risiko dengan sangat tertib walaupun risiko ini merupakan aspek yang jarang dapat dikuasai.

Mohnish berpesan ” Pelaburan memerlukan kita untuk bekerja, belajar , mengkaji dan sabar” sama sahaja seperti membangunkan sebuah bisnes dari awal. Ben Graham menyebut “Pelaburan yang berjaya datang dari bisnes yang bagus”.

2. Tiada manusia yang dapat meramalkan pasaran tepat 100%

Pasaran modal bersifat dinamik dan tiada sesiapa pun manusia yang dapat meramalkan dengan tepat apatah lagi konsisten. Jika ada yang boleh tahu arah pasaran, sudah pastilah ramai rakan rakan kita sudah masuk majalah forbes, emas penuh badan seumpamanya.

Menurut Mohnish Pabrai, “Bisnes yang beliau suka adalah bisnes yang “slow rate of changes” berbanding bisnes yang laju “rate of changes”. Contohnya bisnes yang berkaitan dengan teknologi , tempo untuk adapt with changes sangat laju dan mungkin kita tidak dapat menangkap trend semasa.

Mohnish Pabrai lebih suka bisnes yang evergreen berbanding bisnes yang canggih. Definisi value investing adalah melabur pada nilai saham di mana harga saham tersebut rendah dari nilai instrinsiknya. Seorang pelabur nilai akan membuat anggaran dan projection mengenai harga saham tersebut pada masa hadapan.

yakin

Ada sesetengah orang berpendapat pasaran boleh diduga dengan tepat. Jadi mereka telah cipta sistem yang dikatakan mujarab dan power oleh mereka sendiri dengan harapan, jangkaan akan jadi realiti. Malangnya berada dalam pasaran tidak cukup sekadar ada sistem yang tepat tetapi harus disertakan dengan data yang betul serta pengurusan emosi , risiko dengan baik.

Ben Graham seorang Bapa dalam Pelaburan Nilai pernah menulis dalam The Intelligent Investor, kebergantungan kita pada jangkaan masa hadapan akan menyakitkan bila berlaku tersilap pengiraan dan kesilapan yang lain. Sebab itu, pelabur nilai mempunya aspek margin of safety . Mereka tahu terdapat probability akan pasaran akan berlawanan dengan ramalan mereka snediri.

3. Sabar Adalah Kunci Kejayaan

“Anda tidak boleh membuat untung saham dengan membeli saham atau menjual saham tetapi untung hanya diperoleh dengan cara menunggu.”

Mohnish Pabrai dengan tegas menyatakan pelaburan adalah permainan menunggu dan menurutnya, prinsip sebenar membuat keuntungan dalam pasaran saham ialah menunggu waktu yang sesuai untuk membeli. Yang penting prinsip asasnya adalah membeli pada harga yang rendah dari nilai instrinsic.

Pelabur nilai lain pun berfikir dengan mentaliti yang sama. Dunia saham ibarat seperti sukan yang adakalanya kita bersifat menyerang dan adakalanya bersifat defensive. Melabur saham memerlukan masa dan kesabararan untuk berjaya tak kira sama ada modal pelaburan kecil atau pun besar.

tips saham

Kesimpulannya, pelaburan saham bukanlah satu medan untuk memperoleh keuntungan dengan senang. Tetapi apa yang disarankan oleh Mohnish Pabraj dalam tips saham ini boleh digunapakai dalam perancangan pelaburan kita sendiri. Ingat, jangan terburu buru dalam membeli saham dan selalulah membeli saham di bawah nilai.

CUBA: ANDA INI TRADER ATAU INVESTOR

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram