food_trend

Trend Produk Makanan Ketika Pandemik

Industri makanan dan minuman merupakan salah satu industri yang terjejas akibat pandemik virus COVID-19. Untuk mengekang penularan virus ini, beberapa usaha terpaksa dilakukan seperti mengurangkan aktiviti sosial dan berkumpul, sesetengah aktiviti ekonomi terpaksa ditutup atau dikurangkan dan sebagainya.

Norma baru ini telah mengubah cara komunikasi antara pengguna dan penjual yang sekarang ini lebih kearah interaksi online. Jenis produk makanan dan minuman yang menjadi tumpuan juga turut berubah.Tidak dapat tidak, peniaga atau pengusaha makanan contohnya terpaksa menyesuaikan diri di dalam norma baru ini.

Berikut merupakan jenis produk makanan yang menjadi tumpuan pengguna di dalam Malaysia dan juga secara global:

 1. Produk segar dan sejuk beku

Terdapat peningkatan pembelian produk segar seperti ayam, ikan dan daging dan juga produk sejuk beku oleh pengguna. Untuk mengurangkan aktiviti keluar ke kedai secara kerap, pengguna membeli barangan tersebut secara tambahan sebagai makanan simpanan.

Di bawah disenaraikan jenis produk sejuk beku yang kerap dibeli oleh pengguna Malaysia :

Sumber: Statista

Data tersebut merupakan hasil tinjauan oleh Vase.ai mengenai tingkah laku berbelanja oleh pengguna Malaysia semasa pandemik ini. Tinjauan mendapati bahawa 63% responden menyatakan mereka membeli lebih makanan sejuk beku sebagai simpanan. Selain itu, makanan segar juga turut dibeli lebih oleh pengguna.

2. Produk makanan premium

Oleh kerana pengguna tidak dapat membelanjakan wang untuk bercuti ke kawasan pelancongan dan peranginan untuk berehat, mereka menggunakan wang lebihan tersebut untuk membeli makanan-makanan yang berjenis premium. Antara contoh jenis produk makanan premium adalah cokolat, minuman panas seperti kopi dan produk bakeri.

Sumber: FONA International

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Market Watch, pasaran global untuk premium coklat dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.28% dari 2018 hingga 2022.

3. Produk rempah ratus dan perasa

Antara hobi baru yang muncul akibat pandemik ini adalah memasak. Disebabkan pengguna mempunyai masa terluang dan kekangan untuk menncari makanan pilihan, mereka mengambil inisiatif sendiri dengan meningkatkan kemahiran memasak mereka dan secara tidak langsung mencuba beberapa resipi baru di dalam masakan.

Menurut data dari platform Alibaba.com, pada suku pertama tahun 2020 menyaksikan peningkatan jualan bahan rempah ratus dan perasa iaitu sebanyak 67% berbanding tahun sebelumnya.

Antara contoh produk perasa adalah sos tiram, sos cili dan sos teriaki.

Kesimpulan

Krisis pandemik ini telah mengubah norma hidup manusia dan memberi perubahan budaya pasaran di seluruh dunia. Walaupun di dalam krisis, masih terdapat peluang-peluang baru yang terbuka. Mengetahui trend terkini memberi satu kelebihan kepada pengusaha ataupun usahawan contohnya mencipta produk baru supaya lebih berdaya saing.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram