Kisah Hidup Billionaire atau Gelaran “Oracle Of Omaha” Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Terkenal dengan gelaran “Oracle of Omaha”, Warren Buffet merupakan seorang pelabur, ahli bisnes dan dalam senarai manusia terkaya di dunia sangat dihormati dan disegani. Biografi Warren Buffet ini diterjemah dari laman web Biography. Beliau disenaraikan sebagai salah seorang pelabur terhebat di dunia. Klik di sini untuk melihat senarai pelabur disegani.

Warren Buffett
Warren Buffett

Sinopsis

Dilahirkan di Nebraska pada tahun 1930, Warren Buffet dilihat mempunyai DNA keusahawanan pada usia muda. Pada tahun 1956 beliau mengasaskan Buffet Partnership Ltd. kemudian mengambil alih Berkshire Hathaway pada tahun 1965.

Mengambil peluang dengan perkembangan positif syarikat-syarikat besar dalam sector media, insurans, tenaga serta makanan dan minuman, pelaburan Warren Buffet menjadikan beliau antara manusia terkaya dunia dan dermawan yang diagungkan.

Usia Muda

Warren Edward Buffet dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Howard merupakan seorang broker saham dan juga ahli kongres. Ibunya, Leila Stahl Buffet pula seorang surirumah. Warren Buffet adalah anak kedua daripada 3 orang adik beradik dan satu-satunya anak lelaki.

Sewaktu usia muda, Warren Buffet dilihat berminat dan berbabakat dalam bidang kewangan dan bisnes. Ramai daripada kenalannya memberitahu bahawa Warren Buffet sangat hebat dalam matematik.

Warren Buffet selalu pergi ke pejabat bapanya semasa kecil dan menulis harga-harga saham pada papan hitam dalam pejabat. Bermula pada umur 11 tahun, Warren Buffet melabur buat pertama kalinya dengan membeli 3 saham Cities Service Preffered yang bernilai $38 kemudian jatuh ke harga $27. Namun Warren Buffet bertahan sehingga harga saham tersebut naik semula dan menjual pada harga $40. Kemudian saham tersebut naik kepada $200. Daripada pengalaman ini, beliau belajar erti sabar dalam melabur.

Penglibatan Pertama Dalam Keusahawanan

Pada umur 13 tahun Warren Buffet menjalankan bisnesnya sendiri sebagai budak surat khabar dan menjual tips lumba kuda. Pada tahun yang sama, beliau membuka fail cukai dan menuntut basikal yang dibelinya sebagai pengurangan cukai sebanyak $35.

Tahun 1942, ayah beliau dicalonkan dan dipilih sebagai ahli dewan rakyat Amerika Syarikat dan berpindah ke Fredricksburg, Virginia, berdekatan dengan pos baru ahli kongres. Warren Buffet bersekolah di Woodrow Wilson High School di Washington di mana menjadi lokasi seterusnya untuk Warren Buffet menjalankan bisnesnya.

Semasa persekolahan, beliau dan kawannya membeli mesin pinball terpakai pada harga $25 kemudian diletakkan di sebuah kedai gunting rambut dengan pulangan yang menguntungkan.

Warren Buffet mempunyai 3 mesin pinball di 3 lokasi berbeza dan bisnes tersebut dijual dengan harga $1,200.

Pendidikan Tinggi & Permulaan Karier

Warren Buffet meneruskan pengajiannya di University of Pennsylvania pada umut 16 tahun. Jurusan yang dipilih ialah bisnes. Setelah 2 tahun berada di sana, Warren Buffet berpindah ke University of Nebraska untuk menamatkan pengajiannya.

Pada umur 20 tahun, Wareen Buffet mendapat ijazahnya beserta mempunya simpanan sebanyak $10,000 hasil daripada bisnes yang dimulakan daripada kanak-kanak lagi.

Terpengaruh dengan buku The Intelligent Investor yang ditulis oleh Benjamin Graham, Warren Buffet meneruskan pengajian di Columbia Business School untuk belajar mengenai ekonomi dan pelaburan daripada ahli ekonomi dan pelabur.

Setelah menamatkan pengajiannya pada 1951, beliau bekerja di Buffet-Falk & Company selama 3 tahun, kemudian bekerja sebagai seorang penganalisa untuk mentornya di Graham-Newman Corp.

1956, Warren Buffet mengasaskan firmanya sendiri, Buffet Partnership Ltd. di Omaha. Dengan pembelajaran melalui bekerja di Graham, beliau berjaya mencari dan mengenalpasti syarikat undervalue dengan baik dan menjadi seorang jutawan.

Syarikat Bershire Hathaway yang pada asalnya merupakan syarikat tekstil diambil alih oleh beliau pada tahun 1965.

Saham Berksire Hathaway

Membina Empayar Bisnes

Walaupun Buffet Partnership sangat berjaya namun ia telah dibubarkan oleh beliau pada tahun 2969 untuk memberi fokus 100% ke atas perkembangan Berkshire Hathaway. Bahagian pembuatan tekstil dikeluarkan dan syarikat dikembangkan.

Bagaimana syarikat dikembangkan? Dengan membeli aset dalam sektor media (The Washington Post), insurans (GEICO) dan minyak (EXXON). Kejayaan demi kejayaan ini membuatkan ramai memanggil beliau “Oracle of Omaha”, seorang yang boleh menjadikan pelaburan yang dilihat tidak berpotensi menjadi emas terutama dengan pembelian syarikat yang mempunyai skandal, Salomon Brothers pada tahun 1987.

Pelaburan seterusnya oleh Berkshire Hathaway adalah dalam syarikat Coca-Cola, Citigroup global Market Holdings, Graham Holdings Company dan The Gillette Company.

Warren Buffet dan Bill Gates
Sumber : Getty Image ; Warren Buffet dan Bill Gates

Berita Terbaru & Derma

Pada Jun 2006, Warren Buffet membuat pengunguman akan memberikan seluruh kekayaannya kepada badan amal. 85% didermakan kepada Bill and Melinda Gates Foundation menjadikannya sebagai derma terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat yang pernah diberikan.

Pada tahun 2010, Warren Buffet dan Bill Gates mengasaskan The Giving Pledge yang bertujuan untuk mengajak lebih ramai orang kaya untuk menderma. Pada tahun 2012, Warren Buffet dilaporkan menghidap kanser prostat. Rawatan radiasi bermula pada Julai dan berjaya menamatkan rawatannya pada November.

Pada Februari 2013, beliau membuat belian ke atas H.J. Heinz melalui kumpulan saham persendirian pada harga $28 billion. Duracell dan Kraft Foods Group kemudiannya bergabung dengan Heinz pada tahun 2015 menjadikan syarikat ketiga makanan dan minuman terbesar di Amerika Utara.

Pada tahun 2016, Warren Buffet melancarkan Drive2Vote, sebuah laman web mengajak lebih ramai masyarakat Nebraska untuk mengundi dengan membantu mereka untuk dibawa ke lokasi mengundi. Warren Buffet merupakan salah seorang daripada penyokong Hillary Clinton pada tahun 2015 dan mencabar Donal Trump untuk mendedahkan audit pulangan cukai oleh syarikatnya.

Baca: ANDA TRADER ATAU INVESTOR

[sociallocker id=”1520″][/sociallocker]

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram