Wertheim Si Optometrist Yang Menjadi Billionaire Dengan Pelaburan Saham

Dari selatan Florida, ada seorang optometrist yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berdekad lamanya. Beliau adalah Dr. Herbert Wertheim, self made billionaire yang berusia 79 tahun memiliki kekayaan mencecah $2.3billion.

Kekayaan beliau datang dari beberapa inventions dan pelaburan menggunakan konsep buy and hold. Jika orang di Amerika sana pun belum tentu mengenali beliau, apatah lagi kita di Malaysia.

Dilaporkan oleh Forbes, Wertheim sebenarnya memegang portfolio saham seperti Apple & Microsoft, Bank of America, BP, Google, GE.  Semuanya dibeli sewaktu Initial Public Offering (IPO).

Bagaimana Teknik Pelaburan Wertheim Ini Menghasilkan Billion Dollar

Pada awal tahun 1960, beliau mendapat pendidikan di Southern College Of Optometry. Selepas graduate dari kolej tersbeut, Wertheim praktikal dan sebelah malamnya diisi dengan kerja kerja mencipta sesuatu. Contohnya kanta mata yang menapis UV mengelakkan katarak.

Ciptaan itu dijual pada tanda harga $22,000.  Kemudian tahun 1970, Wartheim menubuhkan syarikat baru iaitu Brain Power Inc yang mana perniagaan utamanya adalah firma perunding teknologi. Tahun demi tahun, Wertheim berjaya menjual ciptaan innovative beliau kepada Bausch & Lomb, Zeiss dan Polaroid.

Dari sudut pelaburan, Wertheim berkata jika kita sukakan sebuah perniagaan dan sangat passionate mengenainya, tidak menjadi masalah untuk beli saham syarikat tersebut dengan lebih banyak. Sama kan konsep dengan pelabur ulung iaitu Warren Buffet.

Wertheim juga menambah beliau membeli Microsft pada waktu IPO 1986 disebabkan kegilaan beliau pada komputer. Sebelum itu, BPI menggunakan Apple untuk operasi. Selepas Microsoft meningkat naik, Wertheim merasakan cuma Microsoft yang bisa bersaing dengan Apple.

Bayangkan dari tahun 2003, beliau mendapat dividend dari Microsoft yang kini dianggarkan bernilai $160 juta.

“Cita cita saya adalah beli dan tidak pernah berhasrat untuk jual.” kata beliau dengan nada serius. Selain itu, beliau memiliki 1.25 juta unit saham Apple yang dibeli sewaktu IPO 1980 pada harga $10.

Kesimpulannya, semua orang boleh mencipta fortune dengan saham tetapi bukan semua orang juga boleh untung dengan mudah. Kita perlukan pemahaman yang mantap dan strategi yang berkesan sebagaimana Wertheim mengembangkan portfolio pelaburan beliau bernilai billion dollar.